FENOMENA kanak-kanak memakai cermin mata bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lebih-lebih lagi pada anak yang selalu didiamkan dengan smartphone. Bukan sesuatu yang pelik jika ada anak kecil yang terpaksa memakai cermin mata seawal usia 6 atau 7 tahun.

Lebih mengejutkan, sebanyak 9 daripada 10 kanak-kanak dan remaja berumur hingga 20 tahun menghadapi miopia (rabun jauh). Persoalannya, bahaya atau tidak anak kecil mengalami miopia ini?

BAHAYA RABUN JAUH PADA MATA KITA

Kajian menunjukkan menjelang 2050, dianggarkan hampir separuh daripada populasi dunia akan mengalami rabun jauh. Rabun jauh akan menyebabkan kesukaran untuk melihat objek yang jauh dengan jelas.

  • Rabun jauh di tahap yang lebih tinggi akan meningkatkan risiko masalah mata yang serius hingga boleh menyebabkan mata buta kekal.
  • Pemanjangan bola mata meningkatkan kemungkinan retina tertanggal, pengeruhan kanta mata (katarak), dan tekanan yang berlebihan pada bola mata (glaukoma).
  • Selain itu, terdapat juga risiko degenerasi makular yang boleh menyebabkan kecacatan penglihatan yang serius.

ZEISS TAWAR KANTA UNTUK KANAK-KANAK (Myovision DAN Myokids)

Sebagai langkah proaktif membendung masalah rabun jauh, Zeiss peneraju dalam kanta cermin mata dan penyelesaian gangguan penglihatan, telah memperkenalkan kanta cermin mata, Myovision dan Myokids khusus untuk kanak-kanak dengan masalah rabun jauh yang berumur 6 hingga 12 tahun.

BACA>>>> Benarkah Kerap Berkurung di Rumah Punca Anak Mengidap Rabun Jauh?

KELEBIHAN DAN FUNGSI ZEISS MyoVision DAN Myokids

  • Membantu mengawal rabun jauh khas untuk knak-kanak.
  • Direka khas berdasarkan anatomi dan gaya hidup kanak-kanak masa kini.
  • Berasaskan pendekatan saintifik yang telah terbukti mampu memperbaiki masalah rabun jauh.
  • Menyediakan perlindungan Sinar UV yang optimum.

ZEISS DENGAN PERLINDUNGAN SINARAN UV TERBAIK 

Selain itu, Zeiss turut menawarkan kanta plastik jernih dengan perlindungan UV sepenuhnya iaitu Zeiss Teknologi UV Protect. Ia dapat memberikan perlindungan sebenar pada tahap yang sama seperti cermin mata hitam dari semua arah, termasuklah dari arah belakang.

Maksudnya, bagi anda yang ada masalah rabun tapi tidak suka pakai cermin mata hitam, kanta Zeiss dengan Teknologi UV Protect adalah terbaik buat anda. Perlindungan daripada sinar UV sehingga 400 nm dalam semua kanta plastik.

“Kira-kira 48 peratus daripada kes buta di dunia adalah disebabkan katarak. Bagaimanapun, 80 peratus daripada kanta jernih di pasaran tidak menawarkan perlindungan UV sepenuhnya.

Tumpuan kami adalah untuk memberikan penyelesaian efektif kepada ibu bapa supaya rabun jauh yang dialami oleh anak anda boleh dikawal” kata Naib Presiden Rantau Asia Selatan- Kumpulan Perniagan Vision Care, Zeiss, Vincent Mathieu.

HARGA KANTA ZEISS

Menurut Zeiss, kanta yng ditawarkan di pasaran bermula dari RM200 hingga RM6,000. Harga ini bergantung pada keperluan mata pelanggan. Lebih menarik lagi, kita boleh menulis nama sendiri pada kanta Zeiss (tidak melebihi 5 huruf).

Kanta-kanta MyoVisioN, Myokids dan UV Protect kini boleh didapati di cawangan optik terpilih di Malaysia.

BACA>>>> Bahaya Penunjuk Laser Apabila Terkena Mata, Terutama Kanak-Kanak

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda