YURAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sering menjadi isu kerap setiap kali sesi persekolahan bermula. Terdapat sesetengah ibu bapa yang akan menpertikaikan apabila sekolah meminta yuran PIBG.

Tular baru-baru ini, tentang keperluan membayar yuran ini. Menjadi persoalan ibu bapa adakah ia wajib atau hanya sumbangan mengikut keperluan?

Kami kongsikan 8 perkara semua ibu bapa perlu tahu tentang yuran PIBG ini.

BACA>>> Rujukan Ibu Bapa: Senarai Sekolah Rendah Terbaik di Malaysia

YURAN PIBG TIDAK WAJIB?

1. Bayaran PIBG adalah sukarela. Ia adalah sumbangan BUKAN YURAN.

2. Walaupun keluarga mampu tidak semestinya wajib membayar sumbangan (yuran) PIBG.

3. Di sinilah tugas kepimpinan PIBG diperlukan. Mereka harus mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa.

4. Dengan hubungan yang baik, lebih ramai ibu bapa yang akan menyumbang kepada PIBG secara sukarela.

4. Pekeliling PIBG telah dikeluarkan sejak 1989 oleh pihak Kementerian yang menetapkan tidak ada mana-mana pihak pengurusn sekolah boleh memaksa, mengarahkan atau mengenakan apa-apa hukuman kepada pelajar atu ibu bapa yang tidak membayar sumbangan PIBG.

5. Perkara 38 (a) Di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996, PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) secara jelas melarang paksaan apatah lagi mengenakan hukuman seperti menahan pengagihan buku teks, penahanan keputusan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM kepada pelajar yang tidak membayar sumbangan PIBG.

BACA>>> Datuk Aliff Syukri Dikecam Kerana Kongsi Jumlah Yuran Sekolah Anak Cecah RM34k

6. Laporan kepada pihak berwajib boleh dibuat oleh ibu bapa jika ada mana-mana PIBG atau sekolah yang melanggar peruntukkan akta ini.

7. Jadi, adalah sangat musykil jika ada sebahagian orang yang mendakwa keputusan peperiksaan ditahan jika tidak membayar sumbangan PIBG ini.

8. Lagi satu sudah namanya sumbangan atau derma, jadi pihak berkaitan tidak perlu tetapkan berapa yang harus disumbangkan oleh ibu bapa.

SUMBER: Otai Bersih

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda