PERASAN atau tidak, selepas berkahwin terutamanya ketika ada anak, anda lebih mudah jatuh sakit dan selalu demam berbanding ketika bujang?

Itu bukan tipu tetapi kajian sains juga membukti ia BENAR. Menurut sains wanita lebih mudah sakit dan demam selepas mempunyai anak kerana virus dan bakteria yang dibawa anak berjangkit pada anda ketika menjaga mereka.

Menurut kajian yang disiarkan dalam Daily Mail ke atas hampir 2,000 orang dewasa mendapati ibu akan mengalami selsema sebanyak 54 kali sejak mempunyai anak. Malah, turut sering mengalami sakit tekak dan hidung berair sebanyak 108 kali dalam setahun, yang mana tidak termasuk sakit perut.

BACA>>> 6 Cara Kuatkan Sistem Imun Si Kecil Supaya Tidak Mudah Sakit

IBU AKAN JATUH SAKIT 324 HARI SELAMA MEMBESARKAN ANAK

Kajian ini dilakukan oleh syarikat pembuat suplemen bernama Healthspan. Hampir 68 peratus wanita yang menjadi subjek kajian cenderung jatuh sakit lepas ada anak.

Dan hanya akan mempunyai 13 hari di dalam keadaan betul-betul sihat dalam sebulan.

Selain itu, ibu juga lebih cenderung dijangkiti kutu sekali dalam setahun, daripada anak yang dijangkiti dari sekolah.

Kesimpulannya, seorang ibu akan selalu demam dan akan jatuh sakit hampir 324 kali selama membesarkan anak-anak.

WALAUPUN SELALU SAKIT TAPI LEBIH KUAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN AYAH BILA SAKIT

Daya tahan tubuh wanita lebih kuat berbanding lelaki, sebab itu terbukti, ibu masih mampu menguruskan anak-anak dan rumahtangga walaupun jatuh sakit. Betul kan?

36 peratus ibu mengaku mereka masih menguruskan rumah dan anak-anak walaupun ketika sakit. Sedangkan, pasangan mereka akan berehat di bilik tidur sepanjang demam.

Manakala, 72 peratus wanita juga percaya mereka lebih baik dalam menghadapi demam atau sakit berbanding pasangan mereka.

KENAPA INI TERJADI?

Pakar Psikologi, Dr Meg Arrol berkata, ia terjadi kerana dorongan semulajadi untuk ibu memastikan kesihatan anak. Selalunya, lelaki akan menjaga kesihatan sendiri untuk kekal sihat demi mencari wang buat keluarga.

Tambahnya lagi, peranan wanita berbeza, mereka ditugaskan untuk menjaga keluarga. Sebab itu, mereka lebih selalu demam dan jatuh sakit.

BACA>>> Suami, Bila Isteri Sakit Ambil Cuti Dan Tolonglah Jaga Anak-Anak!

Pada 2015, sebuah kajian yang dilakukan Universiti Kesihatan Johns Hopkins Bloomberg membuktikan bagaimana sel-sel wanita dan lelaki menghadapi virus atau bakteria dengan berbeza.

Mereka melakukan kajian makmal dengan menambah hormon pada sel hidung subjek kajian (lelaki dan perempuan) sebelum diberi sentuhan virus influenza.

Dalam sel hidung wanita, hormon estrogen dilihat telah meningkatkan antibodi wanita lalu mengelak jangkitan virus itu. Ia amat berbeza pada sel hidung lelaki!

Kajian ini juga membuktikan 2/3 manusia akan cenderung jatuh sakit saat kita mengambil cuti kerja. Nampaknya, stres juga memberi kesan buruk pada sistem kekebalan tubuh!

SUMBER: TheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda