WANITA yang sudah berumahtangga memang banyak urusannya dengan suami, anak, rumah dan macam-macam hal lagi. Akibat sibuk mengurus hal rumahtangga, kadangkala kita terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malah berpontensi menjadi punca kepada gejala suami pandang wanita lain.

Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan, ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit. Cuma harus diingatkan, ada kalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati.

Lebih malang lagi, jika produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi anda yang inginkan cara yang selamat dan berkesan, amalkan petua tradisional. Biar lah leceh sikit, tapi tiada kesan sampingan, selamat, dan berkesan.

AMALKAN MINUM 4 AIR REBUSAN INI


1. REBUSAN SERAI DAN HALIA

Bahan-bahan: 3 batang serai dan 2 ketul halia (4 cm).

Cara penyediaan:

  • Kesemua bahan ini perlu diketuk.
  • Rebus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air hingga air rebusan kering sehingga menjadi 1 gelas air.
  • Minum suam. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Sebaiknya guna purified water.
  • Amalkan seminggu 2 hingga 3 kali.

Khasiat:

  • Elok bagi yang selalu letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.
  • Disyorkan minum selepas makan tengahari.

2. REBUSAN SIRIH

Bahan-bahan: Daun sirih 3 hingg 5 helai.

Cara penyediaan:

  • Rebus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air purified water.
  • Rebus hingga air kering menjadi 1 gelas.
  • Campur bunga cengkih 3 kuntum dan sedikit serbuk kayu manis.
  • Minum suam.

Khasiat:

  • Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
  • Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

3. REBUSAN SIRIH DAN DAUN INAI

Bahan-bahan: 3 ke 5 helai daun sirih dan segenggam daun inai.

Cara penyediaan:

  • Rebus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air purified water.
  • Rebus hingga air kering menjadi 1 gelas.
  • Minum suam.

Khasiat:

  • Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yg berbau.
  • Bagus diamalkan selepas haid.

4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH DAN KUNYIT

Bahan-bahan: 

  • 2/3 batang serai di ketuk
  • 3 cm halia di ketuk
  • 2 cm kunyit di ketuk
  • sedikit kulit kayu manis
  • bunga cengkih dan bunga lawang
  • sehelai daun pandan
  • sedikit madu asli

Cara penyediaan:

  • Campurkan kesemua bahan, rebus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air purified water.
  • Rebus hingga air kering menjadi 1 gelas.
  • Minum suam.

Khasiat:

  • Mengharumkan bahagian intim dan menyegarkan badan.

Tunggu apa lagi? Amalkan minum air rebusan ini mengikut keadaan kesihatan dan keperluan anda. Tidak perlu diamalkan setiap hari. Baca juga rahsia untuk dapatkan kulit cantik seperti wanita Korea (Inilah 10 Rahsia Wajah Perempuan Korea Sentiasa Licin dan Gebu).

SUMBER: Petua Ibu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda