PERASAN atau tidak, kadangkala suami akan terasa isteri telah berubah dengan sangat ketara setelah mengandung. Antara 3 hingga 4 bulan pertama, ramai yang mengalami morning sick cuma ada yang mengalaminya sekejap dan tidak teruk tetapi ada yang mengalaminya sampai terpaksa di masukkan ke wad.

Manakala dari segi pemakanan, jangan pelik jika ada makanan yang sebelum ini tidak pernah disentuh pun tiba-tiba mengidam pula makanan tersebut. Suami bernasib baik kalau isteri tidak mengidam perkara yang pelik-pelik.

Ketika isteri mengandung, suami mesti bertanggungjawab dengan perasaan isteri. Ketika mengandung, hati ibu menjadi sangat sensitif. Ada suami ketika isteri mengandung, tidak pandai mengawal tutur kata yang melibatkan emosi. Ingat, isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

1. TUNJUK KASIH SAYANG

Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2. JUJUR

Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3. MEMAAFKAN SEBELUM TIDUR

Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4. JAGA MULUT

Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

BACA>>>> Jangan Sindir Bila Isteri Kerap Tidur Dalam Kereta! Ini Sebabnya Suami Kena Faham…

5. DOA BUAT ISTERI

Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut:

“La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin”

Maksudnya : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”.

6. SOLAT HAJAT

Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.

Jantungnya mengepam darah 40 peratus lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.

7. JAGA PEMAKANAN

Ambil tahu, isteri makan atau tidak. Beri si isteri makan makanan yang berkhasiat buat ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Jika isteri kurang selera makan, pujuklah dia dengan suapan atau masak apa yang dia ingin. Pasti selera bertambah jika makan air tangan suami tersayang.

8. JADI PENDENGAR YANG SETIA

Jika isteri kerap mengadu sakit dan penat, jangan pula marah. Layankan sahaja. Sebenarnya, hati wanita akan berasa tenang sebaik sahaja mereka dapat meluahkan rasa penat dan sakit itu.

9. LUANGKAN MASA BERSAMA ISTERI

Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Bagaimanapun, anda perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri.  Dengan hanya berada di samping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

BACA>>>> Para Suami Wajib Baca, Ini Sebabnya Kenapa Isteri Malas Masak Ketika Hamil

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda