MAK AYAH semua sudah sedia maklum tentang botol susu anak perlu ditukar sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Tetapi, kita lupa bahawa alat pencuci botol susu juga sebenarnya perlu ditukar dengan kerap bagi mengelakkan masalah kesihatan pada anak.

Penggunaan span khususnya pada pencuci botol susu itu boleh menyebabkan pembiakan kuman beralih kepada botol susu walaupun dengan menggunakan pencuci khas.

Berikut adalah perkongsian Mohd Fhais tentang bahaya menggunakan alat pencuci botol susu lama kepada anak-anak dan cara pencegahan.

BACA>>> Cara Mudah Hilangkan Kerak Pada Botol Susu Anak

PERIKSA PENCUCI BOTOL SUSU ANAK KITA!

Tersentak saya bila baca posting Dr Saidatul Husna berkenaan span basuh pinggan yang boleh jadi ‘silent killer’ pada mak ayah kita terutama yang ada kencing manis.

Bahaya betul!

Lepas baca post tersebut terus terlintas di kepala,

Pencuci botol susu anak pun guna span juga

Kadang-kadang itu basuh botol anak susunya sudah basi, kerak susu melekat di puting, walaupun basuh sehingga bersih di mata tapi mata kita mana boleh nampak kuman.

Mana nampak kalau kuman dari susu basi tadi melekat pada span, kerak susu yang di sental pada puting tadi pun boleh terselit dalam span.

Sudah dekat 6-7 bulan pencuci botol ini tidak diganti. Syukur alhamdulillah Allah masih lindungi anak-anak saya.

Secara logiknya span itu memang sudah terkumpul banyak kuman berbahaya terutamanya Escherichia Coli (E-Coli). Masa basuh botol tanpa sedar kuman ini boleh melekat semula pada botol.

Kita tidak nampak ini!

Kesian anak kecil boleh jadi loya, deman, muntah dan cirit birit kalau kuman E-Coli ini menyerang perut mereka.

Memang bernasib baik betul tidak jadi apa-apa pada anak selama ini. Kena tukar sebelum terjadi apa-apa, menyesal tidak guna nanti.

LANGKAH PENCEGAHAN 

Di rumah tiada pencuci lebih jadi sementara nak pergi beli yang baru saya ambil langkah-langkah pencegahan ini yang Dr Saidatul kongsikan.

1. Rendam atau rebus span dengan air panas selama 5 minit.

2. Boleh juga hangatkan di dalam microwave pada suhu terpanas selama 2 minit.

Nota (ini hasil carian di google):

Suhu kepanasan untuk membunuh kuman di sarankan pada 100 darjah celsius dan ke atas.

Ini langkah pencegahan sementara sahaja. Seelok-eloknya 3 minggu sekali tukar yang baru.

Kalau berkaitan kesihatan anak-anak ini ibubapa kena selalu sangka buruk jangan melengah, sebab bila sudah berlaku sesuatu nanti sangat buruk akibatkan pada anak dan diri ibubapa sendiri.

Jangan main-main dengan kesihatan anak.

P/s : Tolong saya sampaikan pesanan penting ini pada ibubapa di luar sana yang masih ada anak menyusu guna botol supaya mereka lebih prihatin dengan bahaya kuman ini.

BACA>>> Bagaimanakan Cara Cuci Botol Susu dengan Betul?

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda