BERCERITA soal kahwin aja sudah pasti membuatkan ramai rasa seronok. Bagaimanapun, memilih calon suami yang sesuai yang betul-betul layak untuk memimpin adalah amat penting.

Bagi wanita solehah, mencari calon suami tentunya memerlukan banyak pertimbangan dan tapisan sesuai dengan kehendak Islam. Di sini ada beberapa ciri-ciri yang diperlukan mengikut turutan kepentingannya.


1. MUSLIM SEJATI

  • Berilmu, beriman dan beramal salih serta menjauhi perkara mungkar.
  • Ini penting kerana suami bertanggungjawab untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka.
  • Sekiranya calon itu bukan muslim, pastikan dia memeluk Islam kerana sayangkan Allah dan Rasulullah.

2. SIKAP CALON SUAMI TERHADAP ORANG TUANYA

  • Rasulullah SAW bersabda : ” Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa . ”
    ( Sahih Sunan al – Tirmizi , no : 1899 )
  • Calon suami yang baik tidak akan menderhakai ibu bapanya.
  • Seorang lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keperihatinan besar kemungkinan akan melayan isterinya dengan penuh keperihatinan juga dan begitulah sebaliknya.

3. CIRI KEPIMPINAN

calon suami

  • Firman Allah yang bermaksud : ” Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan . ” ( al – Nisa 4 : 36 )
  • Berikan calon suami satu senario, perhatikan bagaimana dia membuat keputusan.
  • Berikan dia satu permasalahan, perhatikan bagaimana dia menyelesaikan.
  • Berikan dia satu perancangan, perhatikan bagaimana dia mengaturnya.
  • Berikan dia satu amanah, perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.

BACA >>> Suami Tidak Tahu Buat Apa Ketika Isteri Berpantang? Lelaki Ini Kongsi Caranya…


4. KEWANGAN

  • Sabda Rasulullah SAW : ” Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian … mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan. ”
    ( Sahih Muslim , no : 2137 )
  • Suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri.
  • Suami tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung keluarga.
  • Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

5. AKHLAK

  • Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini.
  • Juga tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tegang, tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak yang perlu diperhatikan.
  • Perhatikan juga akhlaknya kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan sekerja, peniaga buah dan pelayan restoran.
  • Dengan cara ini pembaca akan dapat bezakan sama ada akhlak calon suami pembaca tulen ataupun sekadar pura-pura.

BACA >>> Tip Untuk Wanita- 99 Petua Buat Suami Bertambah Sayang Pada Kita

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda