RAMAI diantara kita yang masih tidak ada cara yang betul untuk simpan dengan kemas baju-baju anak yang bertimbun tu. Kadang-kadang boleh naik menyampah tengok kain baju bersepah tidak berlipat.

Apakah sebenarnya cara penyimpanan pakaian dengan mudah? Berikut adalah perkongsian seorang ibu, Zuera Burn  di Facebooknya untuk tip dan rujukan buat semua.

LANGKAH PERTAMA

Keluarkan semua pakaian dan kumpulkan di satu tempat yang paling lapang dalam rumah. Kemudian, asingkan ikut tuan baju atau kegunaan termasuk pakaian dalam, stokin, tudung, tuala dan cadar, langsir serta kain untuk lap habuk, meja dan sebagainya.


LANGKAH KEDUA

Sediakan bakul untuk setiap ahli rumah sebenarnya lebih senang. Selepas proses pertama, buat penilaian kepada baju sama ada masih perlu atau tidak.

Jika pakai hanya setahun sekali anda fikirkan tempat yang sesuai mana perlu letak baju itu asingkan pakaian malam, siang, sekolah, sukan dan lain-lain ikut keperluan.

Contohnya tudung selepas kita sudah asingkan nanti, kita akan nampak banyaknya bilangan tudung untuk satu-satu warna. 


LANGKAH KETIGA

Belajar cara lipat baju yang betul ya. Bukan main gulung-gulung sumbat aja. Ok, ada pelbagai cara lipat baju. Boleh juga belajar cara hendak lipat baju guna alat ini. 


LANGKAH KEEMPAT

Untuk ruang yang besar biasanya laci, boleh D.I.Y guna kotak atau bakul ikut kreativiti masing-masing.

Idea tambahan: Jika ingin susun baju dalam almari, boleh guna teknik atau cara ini. Tegakkan bakul ke bahagian belanag almari, ikut kreativiti masing-masing.


LANGKAH KELIMA

Ok selesai kemas baju dalam almari tadi, jika ada baju yang sudah tidak muat, koyak, rosak, hendak buang, hendak sedekah boleh la bungkus seperti di atas.

Untuk tudung awning, ini cara yang paling sesuai untuk kita simpan tudung tu supaya cantik dan tahan lama.

Ini pula cara simpan selendang atau bawal. Susun guna penyangkut kecil. 

Guna bakul macam oni pun ok. Pastikan anda nampak tudung tu sebab secara psikologinya, bila kita nampak kita pakai kalu tidak, memang kita tidak pakai. 

BACA>>>> Kalau Mahu Tudung Tahan Lama dan Cantik, Ikut 5 Cara Cuci Tudung Dengan Betul


TIP TAMBAHAN

Ada lagi 2 kaedah untuk menyimpan tudung. Anda boleh pilih untuk kepit di penyangkut atau guna loop yang bulat-bulat seperti yang digunakan.

Lipat ikut jenis dan susun ikut keperluan memang memudahkan anak untuk mencari baju yang mereka hendak pakai nanti. 

Baju anak dari bayi sampai umur 6 tahun memang saya letak sepasang macam ini.

Ini pula kaedah bakul yang kos tinggi sikit sebab bakul ini agak mahal dalam RM 20 ke atas. Jika ada bajet, boleh la cuba.

Yang ini pula kaedah letak bawah almari atau katil guna organiser yang ada dijual. Lepas sudah siap disusun, terus tolak masuk bawah katil.

Ini pula tip semasa menggosok pakaian. Sila buat pengkhususan setiap kali buat apa-apa tugas contohnya bila gosok kain gosok semua kain aja. Barulah kerja kita lebih cepat dan sistematik.


GAMBAR MENYUSUN BAJU YANG BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN

Selamat mencuba ya!

BACA>>>> Doktor Kongsi Cara Buat Kerja Rumah Sambil Bersenam dengan Betul

SUMBERFacebook Zuera Burn

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda