ANAK bijak sebenarnya perlu diusahakan seawal dia berada di alam rahim. Daripada usia awal kandungan, rangsangan perlu diberikan. Selain merangsang perkembangan janin menerusi respon bunyi, ibu juga digalakkan mengambil makanan sihat dan segar bagi membantu tumbesaran bayi.

Bagi merealisasikan impian mendapat anak pintar, mesti cuba 12 tip di bawah ini:

1. MAKAN IKAN

Berdasarkan kajian dilakukan di Amerika Syarikat (AS), penduduk yang tinggal di kawasan banjaran (tengah benua Amerika) mempunyai IQ lebih rendah berbanding penduduk di kawasan pantai.

Didapati, orang yang makan makanan laut punya IQ lebih tinggi! Sama seperti orang Eskimo. Ibu hamil sangat digalakkan ambil makanan kaya DHA seperti ikan sardin, salmon, tuna dan sebagainya.

2. IODIN

Iodin daripada sumber laut seperti rumpai laut, ikan atau makanan laut dalam adalah bagus untuk perkembangan otak. Sebaik-baiknya, ibu hamil ambil garam yang mengandungi iodin (iodinize salt).

3. ZAT BESI

Zat besi juga penting untuk perkembangan otak. Oksigen dan hemoglobin (Hb) membawa oksigen ke otak. Jadi ibu hamil mesti jaga paras Hb supaya stabil. Selain itu, ia juga dapat memastikan otak bayi mendapat cukup oksigen.

4. JAGA BERAT BADAN

Ibu yang mempunyai berat badan berlebihan dikaitkan dengan IQ rendah. Jadi pastikan peningkatan berat badan sepanjang tempoh hamil ialah antara 10-15kg sahaja.

Ibu yang mengambil terlalu banyak makanan berkarbohidrat tinggi berisiko melahirkan bayi yang kurang peka terhadap pembelajaran.

5. MAKANAN GANGGU KEPINTARAN

Pengambilan banyak makanan berkarbohidrat tinggi, bergula, makanan proses, pewarna atau pengawet ketika hamil akan mengganggu kepintaran anak. Banyakkan makan sayur, buah, ulam, protein dan makanan serat tinggi.

6. ROKOK

Perokok pasif juga dikaitkan dengan IQ rendah. Asap rokok boleh merencatkan perkembangan otak anak dalam kandungan. Jangan merokok dan jauhi orang yang merokok.

7. GEMBIRA SELALU

Semakin gembira ibu, semakin bijak anak. Ambil perhatian tentang hal ini kerana jika ibu murung sepanjang kehamilan, ia secara tidak langsung akan beri kesan kepada perkembangan otak bayi. Kajian membuktikan, bayi bijak selalu mempunyai emosi yang stabil dan tidak banyak meragam.

Jika ibu mengalami tekanan, hormon stres iaitu kortisol akan meningkat. Jadi ibu mesti relaks dan lakukan meditasi. Boleh dengar bacaan ayat Al-Quran, dengar muzik dan lakukan senaman yoga.

8. CAHAYA MATAHARI

Kajian di Australia menunjukkan ibu hamil yang tidak cukup terdedah kepada cahaya matahari lebih berkemungkinan melahirkan anak yang cenderung mengidap penyakit ‘multiple skilorosis’, iaitu kekurangan vitamin D.

9. BERCAKAP DENGAN BAYI

Banyakkan bercakap dengan bayi dalam kandungan. Jika ibu sentiasa gembira, bayi lebih mudah belajar. Tunjukkan kasih sayang dan lakukan urutan lembut di perut.

Pada usia 16 minggu kehamilan, telinga bayi mula terbentuk. Pada usia 24 minggu, otak mula memproses maklumat yang diperoleh daripada pendengaran bayi. Oleh itu, mesti sentiasa bercakap benda positif kepada bayi.

10. DENGAR MUZIK

Denyutan jantung normal membantu bayi rasa tenang. Misalnya menyanyi untuk bayi. Jika tidak, berikan bayi dengar muzik klasik atau bacaan Al-Quran.

11. BAHASA ASING

Guna berbilang bahasa sebanyak mungkin. Selain menggunakan bahasa biasa, belajar juga bertutur bahasa asing. Sama halnya dengan penggunaan pelbagai loghat. Paling tidak, ibu boleh tonton program menggunakan bahasa asing.

12. AKTIF 

Mesti sentiasa kekal aktif. Rajin-rajinkan diri melakukan senaman yang sesuai dengan ibu hamil, dan main permainan mencabar minda. Ibu boleh meransang otak untuk berfikir dan pada masa sama menghubungkan sel-sel otak bayi.

SUMBER: MotherAndBaby | MomJunction

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda