JUS PEGAGA memang mempunyai banyak khasiat buat tubuh badan kita. Selain berkhasiat, pucuk pegaga juga memang sedap dibuat ulam atau jus. Berikut merupakan antara kebaikan dan khasiat jus pegaga untuk tubuh badan kita;

KHASIAT JUS PEGAGA

  1. Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian luka.

2. Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.

3. Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.

4. Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung.

5. Baik untuk para ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali bentuk badan.

6. Jus pegaga juga boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.

7. Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas.

8. Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.

9.  Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. Ia dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

10. Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.

11. Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.

12. Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.

13. Dapat membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.

BACA>>>> Jejaka Ini Kongsi Tip Dapatkan Wajah Cantik dengan Amal ‘Mask Kunyit’


RESEPI JUS PEGAGA

Bahan-bahan:

  • Segenggam pucuk pegaga.
  • Sebiji epal.
  • Secawan air
  • Sedikit susu pekat

Caranya:

  1. Kisar pucuk pegaga dan epal  (tambah air sedikit supaya boleh dikisar).
  2. Tambah susu pekat (jangan terlalu banyak, hanya untuk beri rasa manis dan lemak).

BACA>>>> Rugi Tidak Cuba! Wanita Cina Ini Kongsi Resepi Jamu D.I.Y Untuk Nampak Awet Muda

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda