BIARLAH orang kata kita kedekut sebab beli barang bayi tidak lengkap. Sebenarnya bukanlah berkira sangat, cuma tidak mahu membazir beli barang yang tidak perlu.

Kepada ibu bapa yang hendak berjimat dalam membeli keperluan bayi, bolehlah periksa senarai semak di bawah ini. Ingat, dalam seronok membuat persiapan, kita mesti kena berjimat dan bijak memilih barangan bayi yang betul-betul keperluan, bukan ikut kehendak.

Apa agaknya barang tersebut?

1. AKSESORI KATIL

Apa saja aksesori tidak patut digunakan dalam katil bayi. Menurut garis panduan dikeluarkan Akademi Amerika bagi Pediatrik (AAP, tiada bukti yang menunjukkan aksesori katil dapat melindung bayi daripada kecederaan.

Awas, aksesori berlebihan mungkin membahayakan anak! Bayi berisiko lemas, tercekik atau terperangkap kerana kemampuan fizikanya yang masih belum sempurna untuk menahan barang yang terjatuh atas badan. Bayangkan aksesori berat atau besar yang digantung atas katil tiba-tiba terjatuh ketika dia sedang tidur?

2. MAINAN

Sebelum bayi 6 bulan, mainan lembut tidak perlu dibeli. Faktanya, bayi bawah 6 bulan tidak tahu bermain atau pegang mainan. Lebih buruk, mainan lembut berisiko dijangkiti bakteria, habuk dan hama hingga dapat memberi kesan buruk ke atas anak.

3. BANTAL

Menurut pakar kanak-kanak di Barat, gunakan bantal apabila usia bayi 1 tahun bagi mengurangkan risiko sindrom bayi mati mengejut atau SIDS. Jangan tidurkan bayi atas bantal atau letakkan terlalu banyak bantal di sisinya.

Jika bayi mampu bergerak dan bantal digunakan terlalu besar, objek itu boleh menjadi punca anak lemas akibat dihempap.

4. BIB

Sebelum usia 6 bulan, bayi kita hanya minum susu! Jadi, tidak perlu tergesa-gesa beli bib selagi belum tiba masa dia boleh makan.

Tetapi kalau hendak beli juga, pastikan bib tersebut daripada material jenis kapas yang boleh digunakan sebagai pelapik dada ketika menyusukan bayi.

5. KASUT 

Menurut pakar podopaetrik, bayi sebenarnya tidak perlu pun memakai kasut bagi mengelak perkembangan kaki terjejas. Baca mengenai kebaikan anak berkaki ayam di pautan ini: Kuman Masuk Badan Kalau Tidak Pakai Kasut, Fkta atau Mitos?

Anak kecil yang berjalan tanpa kasut dapat menguatkan otot dan ligamen kaki, selain menguatkan kaki dan memperbaiki postur tubuh.

6. BABY WALKER

Doktor sangat tidak mengaglakkan baby walker dijadikan alternatif supaya anak cepat berjalan. Itu hanya memberikan risiko tambahan seperti kemalangan atau kecederaan ke atas bayi.

Baby walker boleh menyebabkan anak cenderung berjalan laju dan mudah mencapai objek bahaya. Pengunaan baby walker juga berisiko tinggi jika bayi atas permukaan tidak rata. Ini termasuk tidak membantu bayi belajar berjalan dan melambatkan perkembangan anak.

TIP TAMBAHAN

  • Sekiranya jumpa katil bayi, stroler, kerusi keselamatan, kerusi bayi atau apa-apa aksesori bayi terpakai yang masih lagi sempurna, apa salahnya beli saja barang terpakai itu.
  • Sebelum beli barang terpakai, periksa dahulu keadaan barang tersebut sama ada masih elok atau tidak.
  • Jika hendak beli stroler, boleh baca pautan ini: 7 Tip Beli Stroler Supaya Tidak Membazir.

Selamat menyambut kelahiran si manja!

SUMBER: PA&MA

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda