SETIAP kali berpuasa, ramai mengeluh cepat mengantuk tidak kira masa dan tidak hairanlah kenapa ramai kalangan kita, terutama kanak-kanak lebih banyak tidur ketika berpuasa.

Masalah itu sedikit sebanyak mengganggu rutin kerja atau sekolah kerana fokus terganggu, sekali gus menjejaskan kualiti kerja ataupun pembelajaran.

Apakah sebab kita mengantuk ketika berpuasa? Artikel ini akan menjelaskan kenapa kita kerap mengantuk, terutama pagi, termasuk berkongsi tip mengatasi masalah tersebut.

KENAPA MENGANTUK KETIKA BERPUASA?

Mengantuk ketika berpuasa berlaku disebabkan perubahan rutin kebiasaan tubuh. Rentak itu diatur saraf hipotalamus yang terletak dalam otak. Disebabkan kita berpuasa pada waktu pagi kerana semua aktiviti berubah seperti makan, minum, interaksi sosial dan olahraga yang kini dilakukan pada sebelah malam.

Ini secara tidak langsung mengganggu rutin kebiasaan tubuh. Keadaan ini menyebabkan waktu tidur kurang dan menyebabkan kita mudah mengantuk sebelah pagi. Walaupun perubahan itu tidak teruk, tetapi boleh menyebabkan kita mengantuk atau tidak fokus pada waktu siang.

WAKTU APA PALING SERING MENGANTUK?

Bulan Ramadan biasanya, kita akan meluangkan masa banyak sebelah malam untuk makan, minum termasuk berterawih yang menyebabkan kita tidur lewat dan terpaksa bangun awal bersahur.

Keadaan itu menyebabkan kita kurang tidur, daripada tidur 6  jam kepada kurang daripada tempoh masa tersebut, sekali gus menyebabkan pola tidur berubah. Ada kajian membuktikan, kita akan menangguhkan kebiasaan waktu tidur lewat sejam daripada kebiasaan pada bulan puasa dan jam tidur berkurangan daripada 30 hingga 60 minit. Jadi, tidak hairan jika kita rasa mengantuk sebelah pagi.

Pemeriksaan menggunakan Multiple Sleep Latency Test (MSLT) berasaskan EEG (Electroencephalogram) juga menunjukkan individu berpuasa kerapa rasa mengantuk pada sekitar jam 2-4 petang.

Bagaimanapun, keadaan itu kembali normal selepas 15 hari berpuasa. Tetapi disebabkan tiada minuman bagi mengelakkan mengantuk seperti kopi, kesan mengantuk jadi lebih teruk.

JADI, APAKAH TIP UNTUK ELAK MENGANTUK?

Puasa bukan alasan untuk kita tidak mampu memberikan fokus kepada kerjaya atau pembelajaran. Berikut tip elak mengantuk ketika berpuasa sepanjang Ramadan:

1. BUAT JADUAL TIDUR TETAP

Buat jadual tidur tetap sebelah malam sepanjang Ramadan. Elakkan tidur lewat kerana menyebabkan kita mengantuk sebelah pagi.

2. SERING TERDEDAH DENGAN CAHAYA 

Pastikan kita sentiasa mendapat cahaya matahari pada waktu pagi bagi menguatkan rutin perubahan tubuh.

3. ELAK CAHAYA GAJET SEBELUM TIDUR

Cuba elak cahaya peranti atau televisyen di rumah sebelum tidur.

4. JAGA POLA MAKAN

Jaga pola makan kerana diet seimbang dapat membuat kita tidur dengan baik. Ada orang tidak boleh tidur kerana perut kosong. Jadi, mereka akan makan sebelum tidur hingga berlebihan yang boleh menyebabkan sukar tidur. Jadi, apabila keadaan itu berlaku, anda disarankan minum susu supaya cepat mengantuk.

5. MINUM KAFEIN 4 JAM SEBELUM TIDUR

Elakkan minuman berkafein sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur.

6. TIDUR SIANG SEBENTAR

Jika masih mengantuk, tidur sebentar selama 15-30 minit bagi memberikan tubuh rehat dan tetap segar sebelah pagi.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda