SELEPAS dapat gaji, duit itu hanya mampu bertahan hanya untuk 2 hingga 3 minggu sahaja. Jika perkara ini yang terjadi, sudah tiba masanya untuk melantik isteri kesayangan sebagai Gabenor Bank Keluarga.

Sebagai suami, cukuplah main peranan sebagai ketua keluarga. Tujuan ini bukanlah untuk melonggokkan amanah dan tanggungjawab pada isteri, namun ini demi kebaikan bersama.

PERKARA BIASA BUAT PENGANTIN BARU

Adalah normal jika ada masalah kewangan masa awal-awal kahwin. Hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama televisyen sahaja bila kahwin terus ada rumah fully furnished dengan kereta BMW.

Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Terimalah hakikat bahawa seorang wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki. Maka si isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami. Jika isteri yang pegang duit, bukan bermaksud isteri queen control!

BACA>>>>5 Tip Pilih Tadika Terbaik Mengikut Kemampuan Bajet Keluarga

MASA DEPAN RUMAHTANGGA

Jika suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri bukan?

Menyediakan bajet kewangan tidak begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan memantau ke mana duit gaji pergi.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan :

1. SENARAIKAN PENDAPATAN

  • Senaraikan gaji kasar suami / isteri yang diterima setiap bulan.
  • Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOCSO dan Potongan Cukai Berjadual (jika ada).

2. TENTUKAN KATEGORI PERBELANJAAN

  • Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta dan hutang lain yang harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN.
  • Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan sebagainya.

3. BUAT ANGGARAN PERBELANJAAN

  • Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
  • Bezakan antara keperluan dan kehendak.
  • Utamakan keperluan terlebih dahulu.
  • Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak.
  • Contohnya kalau nak beli sesuatu barang yang bernilai lebih RM1,000, berbincang terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Selagi tak berbincang, selagi tu tak boleh beli.

4. REKOD PERBELANJAAN

  • Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
  • Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
  • Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
  • Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan. Boleh update dalam WhatsApp setiap kali duit keluar juga boleh. Tak kiralah duit beli rokok ke apa ke…semua mesti update. Boleh juga guna tracker apps percuma dalam App Store.

5. NILAI SEMULA BAIKI CARA BERBELANJA

  • Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
  • Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
  • Jika terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah yang terlebih tadi.
  • Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
  • Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.

Merancang kewangan bersama barulah sweet. Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.

BACA>>>> Masalah Kewangan Bikin Stres? Ikut 10 Tip Terbaik Urus Bajet

SUMBER: MajalahLabur

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda