IBU BAPA mesti risau kalau anak masih tidak pandai bercakap, apatah lagi apabila melihat rakan sebaya lain atau lebih muda sudah boleh bercakap. Tambah parah, ada tekanan daripada situasi sekeliling yang sering bertanya soalan sama hingga menyebabkan kita dan pasangan stres.

Ingat, setiap kanak-kanak mempuyai perkembangan berbeza dan jangan selalu membandingkan dia dengan anak orang lain.

Apa perlu kita buat ialah lakukan cara betul berdasarkan perkongsian Terapis Pertuturan, Aishah Kassim tentang bagaimana cara mengenal pasti anak bermasalah lambat bercakap atau language delay.


Ramai yang tanya bagaimana dan bilakah boleh kesan anak delay atau tidak?

Okay saya bagi roughly idea tentang macam mana nak kesan anak delay bercakap ya. Caranya senang macam ini saja.

1. Bandingkan dengan carta pembangunan normal kanak-kanak (child normal development chart) Boleh Google saja di internet banyak.

2. Cara mudah saja.

  • Umur 1 tahun patut sudah boleh menghasilkan first word (perkataan bermakna, contoh: mama rujuk kepada ibunya). Kalau selepas 1 tahun 6 bulan masih belum ada first word, sudah masuk kategori delay.
  • Umur 2 tahun patut anak-anak sudah mula combine perkataan jadikan ayat 2 PATAH PERKATAAN. Contoh: Nak susu, Mama nak, Jom tido dan sebagainya. Kalau sebutan pelat tidak apa ketika ini tetapi jika 2 tahun 6 bulan masih belum boleh buat ayat lagi sudah masuk kategori delay bahasa.
  • Umur 3 tahun anak akan mula buat ayat 3 PATAH PERKATAAN. Contoh: Nak makan roti, mama jom makan dan sebagainya. Kalau 3 tahun 6 bulan masih tidak tahu combine 3 patah anak sudah masuk kategori delay.
  • Umur 4 tahun sudah mula bercerita dan ayat yang anak hasilkan 4 patah perkataan dan ke atas.
  • 6 tahun sudah macam perbualan orang dewasa dan boleh jawab kebanyakan jenis soalan yang kita tanya seperti apa, siapa, kenapa, bagaimana, bila dan berapa. Kalau masih tidak boleh, sudah masuk kategori delay.

 

Delay bahasa pun ada peringkat juga. Ada yang ringan, sederhana dan teruk bergantung berapa jarak umur dengan kemahiran bahasa semasa. Apa yang saya bagi ini ialah skil minimum yang kanak-kanak patut ada. Kalau lebih, bagus.

Jadi, jangan takut untuk  periksa dan buat penilaian ke atas performance anak. Mula awal, peningkatan akan lebih cepat dan lebih banyak masa untuk kejar umur masuk sekolah.

SUMBER: Aishah Kassim

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda