ADA sesetengah ibu bapa memilih untuk memberikan anak mereka susu fresh milik berbanding susu formula. Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu tentang susu fresh milk sebelum bertindak untuk diberikan pada anak.

Bagi ibu bapa yang masih tertanya-tanya boleh baca artikel ini yang dipetik daripada perkongsian Dr Aishah Alsagoff di Facebooknya untuk pengetahuan semua.

SUSU FRESH MILK MANA SATU NAK PILIH?

Susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu. Itu tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana kajian di dunia. Tetapi, kita semua akur, ada banyak keadaan di mana ibu tidak dapat menyusukan bayi, setelah berusaha dan berikhtiar, maka nak tak nak kena beri juga susu selain susu ibu.

Kalau ibu memilih nak bagi bayi susu fresh milk, mana satu nak pilih?

Pertama sekali, susu freshmilk hanya untuk bayi umur 1 TAHUN ke atas sahaja.

Sebab apa?

Sebab, antara susu ibu, susu lembu formula dan susu lembu fresh milk, susu fresh milklah mempunyai kandungan zat besi yang paling rendah.

Bayi bawah 1 tahun memerlukan zat besi yang tinggi untuk perkembangan otak dan pembesaran. Pengambilan harian susu fresh milk sebelum umur 1 tahun akan menyebabkan ‘iron deficiency anemia‘ (anemia disebabkan kurang zat besi).

Ok, so rule no 1, bayi mestilah berumur 1 TAHUN KE ATAS SAHAJA.

Setiap susu yang dikotakkan basically telah melalui 3 proses:

  • Pasteurisation
  • Homogenization
  • Fortification

Pasteurisation bermaksud susu dipanaskan dengan suhu yang tinggi untuk membunuh bakteria dan memanjangkan jangka hayat simpanan susu. Susu UHT pula adalah susu yang dipanaskan dengan suhu yang lebih tinggi, ‘ultra high temperature‘. Biasa perasan kan ada tulisan UHT tu?

Selepas itu proses ‘homogenization‘ adalah untuk membentuk tekstur susu yang smooth dan sekata.

Akhir sekali susu di’fortified‘ untuk meninggikan nutrisi dalam susu dan mengganti nutrisi yang hilang semasa melalui proses pemanasan tadi.

Di kotak biasa akan ada tulis pasteurised ke, homogenised ke. Boleh biasakan baca kotak susu.

Jadi, nak pilih FULLCREAM ke FRESH MILK?

Perasan tidak susu Dutch Lady contohnya, ada 2 jenis iaitu ‘full cream’ dan ‘fresh milk’. Boleh rujuk gambar.

Susu full cream ini whole milk. Susu lembu yang telah diproses dan dicukupkan nutrisi. Tinggi lemak, tinggi protein, tinggi karbohidrat, lengkap semua vitamin yang diperlukan. Susu ini sesuai untuk bayi.

Susu fresh milk pula adalah susu segar yang disterilkan sahaja dan tidak melalui proses-proses lain. Kandungan lemak, protein, karbohidrat sama seperti fullcream. Cuma, kurang atau tiada vitamin A dan D3. Jadi, tidak sesuai untuk bayi untuk jangka masa yang lama.

So, rule no 2, pilihlah susu WHOLE MILK atau FULLCREAM untuk bayi.

Ada banyak lagi jenis susu sebenarnya.

Perbezaan antara jenis susu lembu ini mainly dari kandungan lemak dan kandungan vitamin sahaja. Kandungan protein, karbohidrat dan zat besi semua sama.

1. WHOLE CREAM / PURE MILK 

  • Ini susu lembu yang diproses dan ditambah nutrisi. Seperti fullcream tadi
  • kandungan lemak 3.4 %
  • Mengandungi vitamin A, D3, B2 dan B12 yang mencukupi

2. SKIMMED MILK

  • Susu lembu yang telah dikeluarkan ‘cream’ ataupun ‘milkfat’ supaya buang lemak dan rendah kalori.
  • Kandungan lemak susu ini sangat rendah hanya 0.1-0.2 %
  • Sumber vitamin A juga rendah
  • Sesuai untuk orang yang jaga berat badan dan tidak mahu tinggi kalori
  • TAK SESUAI untuk bayi

3. LOW FAT

  • Susu ini hanya sebahagian ‘milkfat’ di keluarkan
  • Kandungan lemak 1-2 %, lebih rendah dari whole milk
  • Juga TAK SESUAI untuk bayi

4. UNPASTEURISED MILK / RAW MILK

  • Susu lembu asli yang tidak melalui proses pensterilan. Terus dari perahan.
  • Biasa jumpa di ladang
  • TAK BOLEH untuk bayi kerana risiko jangkitan kuman

Oklah, harap bermanfaat!

SUMBER: Dr Aishah Alsagoff

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda