MEMBUAT persediaan untuk menyambut kelahiran bayi sudah jadi kemestian buat pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Pasangan tiada pengalaman memilih baju anak pasti risau kerana tidak tahu cara terbaik memiiih baju bayi.

Hal memilih baju bayu mesti diberikan perhatian kerana perlu mengambil kira aspek keselesaan, kesihatan dan keselamatan. Ya, jangan main beli saja. Berikut beberapa kriteria yang perlu kita tahu sebelum membeli baju bayi:

1. PASTIKAN SELESA UNTUK BAYI

Keselesaan sangatlah penting daripada segalanya. Jangan kita pilih baju hanya kerana cantik, mau pastikan bayi nampak comel dan berfesyen. Pilih pakaian yang ringkas dan tidak serabut sesuai dengan umur bayi. Utamakan praktikaliti mengikut cuaca dan masa untuk keselesaan bayi.

2. WAJIB CUCI PAKAIAN BARU

Maklumat penting, sebelum guna baju atau apa sahaja pakaian baru, WAJIB CUCI dahulu dengan bahan pencuci yang selamat untuk kulit bayi. Manalah tahu baju bayi itu banyak kuman dan bakteria, nanti anak kita juga yang sakit.

Cara mencuci, basuh pakaian bayi dengan air panas sekurang-kurangnya 71 darjah celcius untuk membunuh segala jenis bakteria.

3. PILIH JENIS KAIN YANG SESUAI

Campuran kain jenis kapas dan polyster selalunya yang terbaik untuk baju bayi. Bagaimanapun, jika anda dapati kulit bayi sensitif, beli baju yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kain kapas organik.

4. HARAM PAKAIAN KETAT

Kasihan bayi yang diberi pakai baju dan seluar ketat. Fuhhh….rimas betul. Mana tidaknya, dengan cuaca panas dan kering, baju ketat boleh jadi punca bayi meragam. Pilih baju yang lebih besar dan punya lebihan ruang untuk kulit bayi bernafas. Lagi senang bayi hendak membesar dengan sihat.

5. JAHITAN SEMPURNA

Pastikan tiada jahitan yang cacat pada baju bayi. Kecacatan seperti bucu tajam, jahitan kasar dan keras boleh buat kulit bayi gatal. Elakkan beli baju bayi yang ada zip dan butang besi.

6. JAUHI MATERIAL KASAR 

Periksa dahulu jenis kain sebelum membeli. Belek sepuas-puasnya, kalau boleh kaji dahulu sebelum membuat keputusan. Kain yang kasar boleh buat bayi rasa miang dan gatal. Baju jenis material ‘wool’ dan berbulu sangat tidak sesuai untuk bayi. Lain lah kalau kita tinggal di negara yang bersalji dengan cuaca sejuk.

7. PASTIKAN SELAMAT

Jangan pandang remeh bab keselamatan dan baju bayi. Apa kaitannya? Ok, butang baju, ribon, zip atau apa-apa hiasan pada baju bayi boleh tertanggal. Jika tertanggal pada masa yang tidak sesuai, boleh jadi bayi anda tercekik akibat tertelan butang.

Tidak mustahil perkara begini boleh terjadi pada bayi anda. Sebab itu wajib cuci dahulu pakaian bayi yang bru dibeli untuk pastikan keadaan baju tersebut masih elok selepas dicuci.

Demikian sahaja sedikit maklumat untuk anda memilih baju bayi yang sesuai.

SUMBER: NewKidsCentre

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda