IBU bapa yang mempunyai bayi sangat memerlukan bayi carrier atau penggendong bayi. Ia menjadi pilihan ramai ibu kerana lebih senang digunakan, disamping manfaat lain yang baik untuk anak.

Bagaimanapun, jika ingin membeli baby carrier yang terbaik anda perlu memilih ciri-ciri keselamatan dan bersesuaian dengan anda dan anak adalah sangat penting, bukan main beli sahaja.

Kami kongsikan tip untuk memilih baby carrier yang betul untuk semua ibu bapa di luar sana.

BACA>>> 12 Barang Bayi yang Wajib Dibawa Ketika Pergi Bercuti

1. PILIH PENGGENDONG YANG MEMATUHI PRINSIP TICKS

T = Tight: Anak mesti erat dalam dakapan dan kedua-duanya masih dalam keadaan selesa. Jangan terlalu ketat sampai anak susah bernafas.

I = In view at all times: Anak mesti sentiasa dapat dipantau. Untuk back carry, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.

C = Close enough to kiss: Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul. Penandanya, kita dapat cium dahi atau kepala anak (untuk front carry).

K = Keep chin off the chest: Pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan atau tertekan ke dada anak kerana ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.

S = Supported back: Bahagian belakang badan anak disokong dan berada dalam keadaan semulajadi. Bagi bayi yang berusia 4 bulan ke bawah perlu berada dalam kedudukan bentuk C (seperti dalam rahim) kerana tulang belakang masih belum kuat.

2. SELESA, ERGONOMIK DAN SELAMAT

Adalah sangat penting untuk anda dan anak berada dalam keadaan yang selesa ketika menggunakan baby carrier. Di Amerika Syarikat penjualan Bag Sling adalah tidak dibenarkan kerana pernah berlaku bayi mati lemas. Manakala, penggunaan Hipseat tidak ergonomik kerana tidak menyokong belakang badan bayi.

3. BELI YANG TULEN

Penjualan baby carrier tiruan sangat banyak dijual secara online. Oleh itu, anda kena hati-hati ketika membeli. Kenapa tidak boleh beli yang tiruan? Kerana ia tidak mempunyai QC dan kualiti yang rendah. Jangan berkira demi keselamatan anak!

Bagaimana kenalpasti yang tiruan? Biasanya produk tiruan dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tulen. Namun, tidak semua yang mahal itu tulen. Anda kena selidik dan jika boleh beli terus di kedai atau pengedar sah.

BACA>>> 7 Tip Beli Stroler Supaya Tidak Membazir

4. PILIH IKUT KESELESAAN

Lambakan jenis baby carrier dalam pasaran memang memeningkan ibu bapa untuk memilih yang sesuai untuk anak. Ada yang wrap, soft structure carrier (ssc), ring sling dan macam-macam lagi. Jadi, pilihlah mengikut kesesuaian umur bayi anda.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda