BUSUK… kenapa rumah makcik bau busuk ni? Mahu ajak tetamu bertandang ke rumah, tetapi malu dek bau kucing semerbak satu rumah. Risau pula tetamu tidak selesa.

Walaupun dijaga dan dibersihkan sebaiknya setiap hari, tidak dinafikan bau-bau kurang enak ini masih lagi tertinggal. Ada cara yang boleh dilakukan untuk memulihkan kualiti udara dalam rumah.

Apa nak buat? Ikuti cara mudah ini untuk hilangkan bau kucing dengan mudah:


Bahan-Bahan:

  • Soda bikarbonat
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Bancuh soda bikarbonat dengan air secukupnya.
  2. Kemudian masukkan ke dalam bekas penyembur (spray).
  3. Bancuh soda bikarbonat dengan air dalam satu bekas lain dan biarkan terdedah berdekatan kawasan kucing.
  4. Selepas membersihkan kawasan kucing setiap hari, semburkan bancuhan air ke seluruh kawasan.
  5. Jangan lupa letakkan satu bancuhan lagi di kawasan berdekatan.
  6. Bau kurang enak akan semakin pulih dan berkurangan.

TIP TAMBAHAN

Mahu lebih harum dan wangi,  boleh juga letakkan daun pandan dan arang di kawasan sama. Caranya, hiris daun pandan halus dan taburkan di sekeliling kawasan tempat tinggal kucing. Biar sepah sedikit asalkan baunya harum.

Arang juga bertindak menyerap segala bau-bauan kurang enak. Letakkan di penjuru kawasan diduduki kucing. Biarkan saja ia menyerap segala bau yang kurang sedap itu!

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda