IBU hamil seringkali mengalami masalah kurang selera makan akibat rasa mual pada awal kehamilan. Mungkin sebab itu, ramai ibu hamil lebih suka mengunyah makanan masam atau jajan untuk menghilangkan rasa mual berbanding minum susu.

Kenapa perlu minum susu? Bagi ibu hamil yang tidak suka minum susu perlu baca artikel ini ya. Berikut adalah penerangan ringkas tentang keperluan susu ketika mengandung. Semoga bermanfaat.

BACA>>> Kisah Pantang: Wanita Ini Alami Dehidrasi Teruk Akibat Kurang Minum Air

MINUMAN TAMBAHAN UNTUK WANITA HAMIL

Ramai yang keliru tentang pemakanan yang perlu diambil ketika hamil sebab kita sudah biasa dengan sistem pemakanan yang salah.

Contohnya; ada wanita hamil yang tidak berselera untuk makan, lalu mengunyah makanan yang tiada khasiat seperti jeruk atau jajan.

Sesekali mengambil makanan seperti itu mungkin tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak dalam rahim, tetapi jika diamalkan secara berterusan sudah tentu akan menjejaskan kesihatan anak yang sedang membesar dalam rahim.

Jika tidak berselera, saya cadangkan ambil susu. Sekarang pun sudah ada di pasaran, susu yang dijual dalam pelbagai rasa. Sekurang-kurangnya, susu membekalkan kalsium yang tinggi. Selain itu, susu juga meningkatkan tumbesaran otak bayi.

BACA>>> Ibu Hamil Tak Perlu Suplemen Hanya Amalkan 6 Makanan Tambahan Sihat Ini

AMBIL SUSU SEKURANG-KURANGNYA 1 CAWAN SEHARI

Susu untuk ibu hamil yang paling popular ialah susu lembu segar kecuali mereka ada masalah diabetis, boleh memilih susu kurang lemak.

Seperti yang kita ketahui, wanita hamil memerlukan kalori yang banyak bersama nutrien yang lain seperti vitamin dan mineral yang lain.

Saya mencadangkan seorang ibu hamil meminum sekurang-kurang secawan susu setiap hari. Jangan tinggalkan pemakanan yang seimbang. Susu segar dapat menampung kekurangan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan anak.

Bagi wanita hamil yang sibuk bekerja, tidak makan dengan teratur dan tidak mendapat cukup rehat, susu adalah minuman tambahan yang terbaik.

Antara susu segar yang terbaik adalah susu segar farm fresh. Boleh dapatkan dari home-delivery atau pasaraya berdekatan.

SUMBER: Dr Zubaidi Hj Ahmad

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda