RATA-rata ibu bapa akan mengamalkan petua orang tua-tua apabila anak yang baru dilahirkan mendapat kuning antaranya mandikan dengan herba atau memberikan minuman tertentu sama ada yang dibuat sendiri atau dibeli kepada bayi.

Semua itu adalah alternatif, pilihan di tangan ibu bapa. Cara terbaik untuk mengurangkan kuning pada bayi adalah dengan memberikan susu yang cukup kepada anak kita bagi membolehkan mereka kencing dan berak untuk mengeluarkan toksik di dalam badan.

Masih keliru? Apa kata baca perkongsian Khairi Malik di Facebooknya tentang kuning bayi untuk maklumat semua ibu bapa.

BACA>>> Mitos atau Fakta? Benarkah Baju Kuning Buat Jaundis Makin Teruk?


Ya Allah what is this? What is this? Ada ubat penyembuh kuning pula. Siap disertai bacaan doa terpilih pula itu.

Sudahlah tidak payah jadi doktor macam ini. Bai semua I nak quit medicine nak jadi artis. Nak ganti Haqiem Rusli yang nak bersara tidak lama lag…

Please jangan lah mengaut keuntungan dengan melibatkan nyawa bayi. Kau tahu tak kuning itu bahaya? Tahu tak bahayanya kuning. Ok aku cuba terangkan dalam bahasa mudah. Bahasa bukan medical.

APA ITU KUNING 

1. Dalam badan kita ada darah merah. Darah merah boleh hidup 120 hari.

2. Ada beberapa faktor yg menyumbang boleh buat darah merah mati awal. Contohnya, jangkitan kuman, pendarahan, masalah hati, G6PD, darah ibu O positif tetapi darah baby group lain.

3. Darah merah ini fungsinya bawa oksigen. Oksigen diperlukan oleh badan. Darah merah yang mati tidak boleh berfungsi. So, bila ada faktor yang aku tulis di atas tadi, darah merah akan mati dan akan hancur menjadi warna kuning. (Ini bahasa mudah lah, kalau aku tulis metabolism red blood cell ternganga pula kau). Darah merah yang mati tadi akan diganti dengan yang darah merah yang baru (tetap dihasilkan)

4. Darah yang kuning ini tidak berfungsi, so, dia akan jadi bahan toksik dalam badan. Darah yang sudah mati ini sepatutnya dibuang melalui air kencing atau pun najis. Sebab itu, kalau masuk wad anak kena kuning, doktor tanya baby kencing kerap tak? Air kencing warna pekat tak? Najis warna kelabu tak? Ada lah alasan dia.

5. So macam mana nak buang kuning? Cara dia bagi baby minum susu ibu atau breastfeeding banyak-banyak. Secara simple, bila baby minum banyak, air kencing pun banyak. Bila baby menyusu banyak, berak pun banyak. Nanti kuning baby yang toksik itu akan keluar sekali ikut air kencing dan najis bila baby berak.

6. Kalau baby tidak cukup menyusu, air kencing dan berak pun tidak banyak. Jadi, kuning yang toksik itu tidak dapat nak keluar.

7. Bila sudah lama sangat terkumpul, darah kuning yang terperangkap itu akan pergi ke kulit dan organ baby yang lain seperti buah pinggang, hati dan paling risau sekali pergi otak. Bila dia pergi kulit, itu yang nampak baby warna kuning.

8. Kalau toksik di otak itu yang orang paling risau sebab boleh kena sawan dan boleh jadi cacat otak selama-lamanya. Ya dalam kes ini, this can be prevented.

9. Kesimpulannya, kena bagi baby susu banyak supaya air kencing dan najis banyak. So, kuning yang toksik itu boleh keluar sekali sama-sama. Bukannya bagi daun herba atau jemur baby tengah panas.

10. Selain itu, ultraviolet ray lampu biru yang selalu pasang di hospital itu sangat membantu untuk kuning baby turun.

So please lah jangan percaya dengan ubat-ubat macam ini. Tidak payah mandikan baby dengan daun itu daun ini. Kau just bagi saja susu badan banyak-banyak sampai kuning dia turun.

“Tapi….susu badan ibu tidak banyak, tidak cukup. Dia tak nak keluar.”.

Untuk teknik penyusuan berkesan bolehlah tanya jururawat masyarakat yang telah dilatih untuk bagi talk pasal ini.

Jadi kau jangan marah kalau nurse asyik datang rumah tengok baby. Nurse itu nak tengok kau menyusu macam mana, kau bagi susu sekerap mana. Nurse itu takut baby kau kuning, nurse itu takut baby kau cacat otak selama-lamanya tahu tak?

Ok done educate public. Dah nak quit doktor I nak jadi artis. Jangan halang I. K Bai.

BACA>>> 3 Cara Mudah Kenal Pasti Bayi Ada Kuning @ Jaundis

SUMBER: Khairi Malik

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda