BANYAK makanan yang berkhasiat dan memberi manfaat kepada ibu hamil tetapi pada masa yang sama memberi kesan yang tidak baik sekiranya dimakan dalam kuantiti yang berlebihan.

Salah satunya adalah terung kerana ia mengandungi banyak khasiat kepada ibu hamil tetapi turut mengundang bahaya, jika tidak dimasak atau dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Bagi penjelasan lebih terperinci, berikut adalah perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang kesan terung kepada kehamilan untuk panduan ibu hamil semua.

BACA>>> 15 Makanan yang Ramai Tidak Tahu Jadi Punca Keguguran Awal Kehamilan

KESAN TERUNG PADA KEHAMILAN

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin tanya apakah kesan sampingn pengambilan sayur terung untuk ibu yang hamil. Saya ada terbaca dalam internet bahawa pengambilan terus yang berlebihan boleh menyebabkan keguguran. Betulkah doktor? Mohon penjelasan, terima kasih.

Walaikumusalam…

Terung adalah makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Ia sangat bermanfaat untuk wanita yang hamil.

Pertama kerana terung adalah sumber folates yang sangat penting diambil sepanjang kehamilan. Kekurangan folate menyebabkan kecacatan neural tube defects pada bayi yang bakal dilahirkan. Ia juga menggalakkan pembentukan sel darah merah.

Kedua kerana terung adalah seumber vitamin C, niacin, B complex, vitamin A dan vitamin E. Walaupun kandungannya rendah,ia sangat penting bagi bayi. Terung juga mengandungi mineral seperti potassium, copper, manganese, dan iron, yang sangat pentig dalam metabolisme menghasilkan tenaga.

Ketiga kerana ia adalah sumber karbohidrat kompleks yang kaya dengan fiber. Ia menyebabkan rasa mudah kenyang dan lambat lapar. Jadi bagus untuk menstabilkan tahap gula dalam darah bagi wanita hamil yang mempunyai diabetes.

Keempat kerana ia membantu melawaskan sembelit yang biasa dialami oleh wanita yang hamil kerana mempunyai kandungan fiber yang signifikan.

Kelima kerana meningkatkatkan sistem daya tahan. Terung mengandungi sebatian nasunin, iaitu sebahagian dari sebatian anthocyanin yang memberikan warna pada buah terung. Nasunin bertindak sebagai antioksidan yang melawan sebatian radikal bebas dan seterusnya menghalang kesrosakan sel dan DNA yang akhirnya menyebabkan penyakit dan kecacatan pada bayi.

BACA>>> Rasa Letih Semasa Hamil? Cuba 8 Makanan Ini Supaya Kekal Hidrat dan Bertenaga

BENARKAN TERUNG BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN

Bagaimanapun, pengambilan terung terlalu banyak di awal usia kehamilan, mungkin akan menyebabkan keguguran. Sementara, pengambilannya yang sederhana dalam masakan (contohnya seminggu sekali sebagai lauk) tidak memberikan kesan yang tidak baik.

Belum ada kajian yang kukuh yang membuktikan pengambilan terung menyebabkan keguguran.

Keguguran yang berlaku selalunya dikaitkan dengan kandungan phytohormones yang menyebabkan pengecutan otot-otot rahem. Kelahiran pramatang juga boleh berlaku jika ia diambil terlalu banyak setiap hari sebagai hidangan. Namun, selalunya masalah ini berlaku di awal kehamilan.

Saya mencadangkan agar memasak terung dengan sempurna bagi mengurangkan risiko mendapat masalah keguguran dan kelahiran pramatang.

Semoga bermanfaat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda