SEDANG anda sibuk menyiapkan anak untuk ke rumah pengasuh tiba-tiba dia telefon tidak dapat menjaga anak kerana ibu atau bapanya meninggal… kita pula ketika itu terfikirkan tentang kerja yang bertimbun di pejabat.

Apa perlu kita buat? Pilihan terakhir yang selalu kita ambil adalah dengan membawa anak ke pejabat! Tidak dinafikan, ada ibu yang terpaksa membawa anak ke tempat kerja disebabkan pelbagai alasan kukuh.

Bagaimanapun, kita perlu ambil tahu 5 perkara ini perlu anda pertimbangkan sebelum membawa anak bersama.

BACA>>> 7 Tip Bagaimana Jaga Hubungan Baik dengan Pengasuh

1. BERI TAHU KETUA ATAU ORANG ATASAN TERLEBIH DAHULU

Mungkin ada ibu bapa lain yang pernah membawa anak ke tempat kerja atau mungkin syarikat anda sememangnya memberikan kelonggaran untuk membawa anak ke pejabat sesekali.

Tetapi seeloknya maklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ketua anda. Terangkan dengan ketua anda masalah dan kenapa anda terpaksa membawa anak ke pejabat. Hal ini bagi mengelakkan rasa tidak puas hati antara kita dengan ketua.

2. TERANGKAN KEPADA ANAK KENAPA PERLU BAWA KE PEJABAT

Nampak seperti tidak penting tetapi ia memberikan kesan kepada anak kita kerana tidak semua kanak-kanak suka akan suasana di pejabat. Hal ini penting supaya anak tahu dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Ketika pulang, berikanlah sedikit ganjaran atas usahanya bersikap baik sepanjang di pejabat sebagai tanda ucapan terima kasih.

3. BAWA PERALATAN YANG DIPERLUKAN ANAK

Selain makanan dan susu, anak perlu mainan untuk menyibukkan diri dan tidak mengganggu kerja anda. Pilih mainan yang tidak bising kerana dikhuatiri mengganggu suasana sunyi pejabat.

Contohnya, buku  mewarna atau puzzle yang boleh mengalihkan fokus anak, dimainkan dalam waktu yang cukup lama serta mudah dibawa. Pastikan anda juga sentiasa mengawasi kelakuan dan pergerakann mereka.

4. JANGAN MENGANGGU RAKAN SEPEJABAT

Meminta rakan sekerja untuk membantu anda melihat anak sesekali tidak mengapa sekiranya kita mahu ke tandas atau hal lain yang penting (mesyuarat). Tetapi jangan hingga anda menjadikan rakan sekerja sebagai pengasuh di tempat kerja anda kerana itu akan menganggu fokus dan kerjanya pula. Ingat ya, ibu!

BACA>>> Cara Pilih Pengasuh Terbaik untuk Anak

5. MINTA BANTUAN JEMPUT ANAK AWAL

Tidak semua kanak-kanak suka ke pejabat kerana pergerakan dan membataskan aktiviti mereka. 9 jam adalah satu tempoh yang lama buat anak. Buatlah kerja secepat mungkin agar anda boleh bawa anak pulang ke rumah. Mungkin juga boleh minta keluarga dan suami untuk mengambil mereka jika berkelapangan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda