SESETENGAH anak tidak sukakan nasi atau makanan lain. Dia cuma mahu minum susu sahaja. Kita pun ikutlah permintaan anak dengan berikan saja susu kerana bimbang dia kelaparan.

Tahukah anda, bayi dan kanak-kanak yang sudah boleh makan, mereka sebenarnya tidak boleh terlebih minum susu kerana boleh memberi kesan buruk. Apakah kesan buruk itu?

1. OBESITI

Kanak-kanak yang terlalu banyak minum susu boleh menyebabkan berat badan berlebihan. Susu mengandungi banyak protein, gula susu, lemak dan lemak tepu.

Jika anak minum 4-6 gelas susu setiap hari, badannya akan menerima 600-900 kalori sehari. Semuanya daripada susu sahaja. Ini bermakna dia sudah mendapat separuh hingga 2/3 kalori sehari.

2. KURANG GIZI DIPERLUKAN

Susu dapat membuatkan anak kenyang dan tidak mahu makan makanan lain hingga menyebabkan dia mengalami masalah kekurangan zat gizi perlukan badan.

Anak yang sudah biasa diberikan minum susu ketika lapar akan terbiasa meminta susu. Jadi, apabila susu habis mereka sudah tidak mahu makan.

Susu tidak mengandung semua zat gizi diperlukan tubuh. Anak juga memerlukan zat gizi daripada makanan lain. Jika cuma minum susu, anak berpotensi kekurangan zat gizi yang tiada dalam susu.

3. SEMBELIT

Masalah lain disebabkan terlalu banyak minum susu ialah sembelit. Terlalu banyak minum susu dapat membuatkan anak kenyang dan tidak mahu menjamah makanan lain.

Keadaan ini akan menimbulkan masalah pada sistem pencernaan. Susu tidak memiliki serat yang diperlukan oleh anak. Lagi-lagi jika anak kita tidak makan buah atau sayur-sayuran. Memang anak akan mudah sembelit.

4. ANEMIA

Anak kita berpotensi mengalami anemia kerana kekurangan zat besi dalam badan. Zat besi diperlukan untuk menghantarkan oksigen melalui darah ke seluruh badan. Kanak-kanak memerlukan zat besi bagi membantu perkembangan otak.


BERAPA BANYAK SUSU DIPERLUKAN ANAK?

Kekurangan susu atau terlebih susu sering memberi kesan tidak baik kepada badan anak. Saintis di Hospital St Micheal Toronto, Kanada, Dr Jonathon Maguire dalam kajian diterbitkan Journal Pediatrics mendapati 500ml atau sekitar 2 gelas susu sehari sudah cukup memenuhi keperluan badan anak.

Dr Jonathon melakukan kajian tersebut melibatkan 1,311 kanak-kanak sihat yang berusia 2-5 tahun.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda