KENTUT ketika berasmara memang memalukan, apatah lagi berbau tidak menyenangkan, sudah pasti akan membuatkan masing-masing hilang mood untuk terus beraksi.

Mungkin tidak ramai mengalami masalah ini, tetapi memang pernah berlaku. Memang ada sebab kenapa kita boleh terkentut ketika melakukan hubungan seksual, tetapi bagaimanakah pula cara mengatasinya.

  • Proses pencernaan dalam tubuh tetap berlangsung walaupun ketika berhubungan seksual. Makanan yang baru dimakan menjadi penyebab kentut.
  • Bagi wanita, bunyi udara terkeluar seakan kentut ketika melakukan hubungan seksual mungkin terjadi disebabkan gerakan geseran penis dalam vagina.
  • Gerakan hubungan seksual yang didorong aktiviti otot perut boleh mengeluarkan gas hingga terjadi kentut.
  • Ketika hubungan seks dan orgasme, otot tubuh jadi relaks hingga lebih mudah melepaskan gas.
  • Minum ubatan tertentu juga boleh menyebabkan pelepasan gas berlaku.

Melepaskan gas ketika hubungan seksual lebih kepada dialami ibu hamil kerana perubahan hormon menyebabkan penumpuan gas dalam tubuh. Peningkatan hormon progesteron membantu pelepasan gas kerana melemaskan otot dan memperlambat pencernaan. Selain itu, mual ketika hamil juga dapat menyebabkan kentut.

TIP ELAK KENTUT KETIKA HUBUNGAN KELAMIN

Biasanya kentut ketika hubungan kelamin biasanya berlaku sekali. Namun, jika ada yang mengalaminya berulang kali dan menyebabkan hubungan kelamin sering terjejas, dinasihakan melakukan pemeriksaan doktor bagi mencari punca dan rawatan sewajarnya.

Walaupun kentut tidak dapat dielakkan sepenuhnya ketika melakukan hubungan kelamin, tetapi kita masih boleh mencegah dengan mengubah gaya hidup bagi membantu mengurangkan pembuangan gas ketika hubungan kelamin.

1. UBAH POLA MAKANAN

Makan lebih pelahan atau mengurangkan jumlah udara yang masuk ketika makan. Kita juga dinasihatkan mengurangkan perbuatan kerap mengunyah yang akan boleh menghasilkan gas lebih banyak.

2. MENGEHAD DAN ELAK MAKANAN MENYEBABKAN PENGHASILAN GAS

Elak makanan tertentu yang boleh menyebabkan peningkatan penghasilan gas dalam badan seperti susu, brokoli dan kubis. Kita juga seharusnya elak minuman bergas, soda dan alkohol.

3. SENAMAN TERATUR

Manfaat senaman teratur, termasuk membantu melancarkan pencernaan dan mengeluarkan gas berlebihan. Contohnya, gerakan yoga dapat membantu mengeluarkan gas dalam tubuh. Ada juga gerakan latihan yang dapat membantu mencegah kentut ketika hubungan seksual, iaitu berbaring terlentang sambil memegang bersi dumbell. Tangan yang memegang dumbell membuat gerakan putaran pada bahagian atas perut untuk membantu melepaskan gas.

4. PILIH POSISI HUBUNGAN KELAMIN SESUAI

Jika boleh elak melakukan posisi hubungan seksual yang menekan perut. Posisi tepi dan posisi wanita di atas ialah posisi yang lebih sesuai untuk mengelakkan pelepasan gas. Selain itu, buang air besar sebelum melakukan hubungan seksualjuga dapat membantu mengurangkan risiko kentut.

SUMBER: Alodokter

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda