KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melarang penjualan Jus Al Sunnah, Al Sunnah Gold dan Jus Penawar Keluarga keluaran syarikat Sri Saga Marketing Sdn. Bhd. kerana mengandungi bahan steroid yang dilarang.

Hasil analisis mengesahkan produk itu mengandungi `dexamethasone’ dan `prednisolone’ yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

BAHAYA JUS ‘KESIHATAN’ INI

`Dexamethasone’ dan `prednisolone’ adalah steroid yang poten dan digunakan untuk rawatan masalah

  • pembengkakkan dan radang yang serius seperti kelemahan otot
  • kerapuhan tulang
  • peningkatan gula dalam darah
  • tekanan darah tinggi
  • katarak
  • peningkatan risiko jangkitan
  • sindrom cushing

BACA>>>> Awas, Produk Kosmetik Popular Ini Sebenarnya Beracun!

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEGERA

Orang awam yang sedang menggunakan produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama digesa supaya TIDAK memberhentikan penggunaannya secara mendadak dan turut mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Ini kerana ini boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome).

Merujuk kepada Sekysen 13, Akta Makanan 1983, mana-mana pihak yang menyediakan atau menjual makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

ELAK AMBIL SUPLIMEN

Anda tidak perlukan jus kesihatan untuk sihat jika amalkan gaya hidup sihat dengan makan secara sihat dan bersenam setiap hari. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang makanan kesihatan atau suplemen.

BACA>>>> Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Elakkan Beli Produk Kosmetik Tempatan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda