RAMAI ibu bapa hari ini mula menyedari tentang bahaya pneumonia terhadap kanak-kanak dan mula mengambil tahu mengenai kepentingan pencegahan awal menerusi pengambilan suntikan vaksin penyakit pneumoccocal atau pneumococcal desease (PnD).

Berikut perkongsian dipetik status Facebook, Dr Aishah Alsagoff yang memberikan penjelasan tentang penyakit jangkitan paru-paru itu dan vaksin pneumoccocal sebagai maklumat dan rujukan pembaca semua.

* Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan isi kandungan asal.


“Banyak e-mel saya tentang vaksin pneumoccocal. Saya beri info ringkas di sini supaya ramai boleh baca.

Vaksin pneumoccocal ada 2 jenis:

  • Prevenar 13
  • Synflorix

Apakah Beza?

  • Prevenar 13 melindungi 13 jenis strain pneumoccocal yang bahaya.
  • Synflorix melindungi 10 jenis strain yang kurang sedikit.

Strain bermaksud subtype atau jenis. Kuman pneumoccocal ini ada lebih kurang 90 subtype, dan 13 strain itu yang selalu membawa jangkitan teruk.

Mana Satukah Lebih Baik?

Dua-dua pun baik. Biasanya bayi bawah 2 tahun digalakkan ambil Prevenar 13 kerana lebih lengkap.

Harga?

  • Prevenar 13 sekitar RM270-RM335/dos
  • Synflorix sekitar RM170-RM230/dos

Umur Berapa Boleh Ambil?

  • Seawal 2 bulan sudah boleh ambil
  • 2 bulan ke atas: 4 kali suntikan (jarak 2 bulan sekali)
  • 6 bulan ke atas: 3 kali suntikan
  • 12 bulan ke atas: 2 kali suntikan
  • 2 tahun dan ke atas: 1 kali suntikan

Di Mana Boleh Ambil?

Mana-mana hospital atau klinik swasta kebanyakannya ada suntikan ini.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda