BATUK, selesema dan demam ialah antara simptom yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan paru-paru yang lebih dikenali sebagai pneumonia. Jangkitan itu boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat betul.

Jangan pandang mudah. Perhatikan sakit anak kita sekiranya ada simptom ini kerana dikhuatiri jadi Pneumonia. Pneumonia ialah antara penyebab kematian tertinggi kanak-kanak Malaysia.

APAKAH ITU PNEUMONIA?

Pneumonia ialah jangkitan kuman pada paru-paru yang menyebabkan sukar bernafas kerana saluran udara dalam organ tersebut dipenuhi nanah dan lendir hingga sistem pernafasan tidak dapat berfungsi baik.

Jangkitan ini terjadi disebabkan bakteria seperti Chlamydia psittaci, Mycoplasma pneumoniae, Chlamydia pneumoniae dan Legionella spesies. Jangkitan virus seperti Rhinovirus, Virus Influenza, Adenovirus, Coxsackievirus dan Coronavirus(MERS-CoV) juga boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru.

Pneumonia ialah penyakit yang kerap terjadi kepada kanak-kanak Malaysia berusia di bawah 5 tahun.

SIAPA BERPOTENSI DIJANGKITI?

  1. Kanak-kanak yang dihantar di pusat asuhan seperti taska.
  2. Pusat jagaan kanak-kanak dalam kelompok yang ramai.
  3. Persekitaran tidak bersih.
  4. Perkongsian bekas makanan dan minuman.

SIMPTOM

  1. Demam panas
  2. Batuk dengan atau tanpa kahak
  3. Sakit dada
  4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
  5. Rasa tidak sihat, sering merengek
  6. Pernafasan laju atau susah bernafas
  7. Muntah atau cirit-birit

RAWATAN

Bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti akan diberikan antibiotik. Bagaimanapun, jika berlarutan atau menjadi kritikal, anak perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan lain.

Pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan sistem imun badan.

Selain itu, kita juga boleh mendapatkan vaksin sebagai pencegahan awal melalui hospital swasta. Vaksin seperti batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

BAGAIMANA MENGESAN JANGKITAN PNEUMONIA?

1. SAMPEL KAHAK DAN DARAH

Sampel darah dan kahak anak kita akan diambil bagi mengenal pasti punca bakteria yang menyebabkan jangkitan.

2. SAMPEL DARAH LAIN

Terdapat ujian darah lain untuk mengetahui pesakit ada jangkitan kuman atupun tidak iaitu:

Full blood count: Pesakit yang ada jangkitan paru-paru selalunya akan ada jumlah sel darah putih tinggi.

C-reactive protein: Pesakit yang ada jangkitan kuman akut akan ada bacaan c-reactive protein tinggi.

3. X-RAY  

Dalam x-ray dada normal, paru-paru akan kelihatan gelap. Tetapi sekiranya kita mempunyai jangkitan kuman ia akan menyebabkan warna dalam x-ray bahagian paru-paru yang dijangkiti jadi sedikit putih.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda