SUSAH hati, perut terasa semakin mengeras. Keadan ini buat kita semakin panik. Bimbang kalau bayi dalam kandungan berisiko. Pernah anda dengar kes air ketuban bocor?

Air berwarna jernih dan berbau sedikit hanyir mengalir sendiri. Jika inilah situasi yang ibu hadapi, bertindaklah segera! Ini bermakna, anda sedang berhadapan masalah air ketuban hilang.

KENALI AIR KETUBAN

  • Ini ialah cairan amniotik iaitu cecair pelindung yang memenuhi rahim wanita hamil.
  • Selepas 10 minggu, pembentukan janin akan dibantu kehadiran cecair yang mengandungi protein, karbohidrat, lipids dan phospholipids, urea dan elektrolit.

FUNGSI AIR KETUBAN

  • Penting untuk melindungi sebarang gegaran terhadap janin sepanjang tempoh kehamilan.
  • Kantung rahim atau selaput membran pelindung terhadap sebarang jangkitan. Tali pusat penyalur darah, nutrisi dan oksigen daripada ibu kepada janinnya.
  • Melindungi, mempertahankan dan menstabilkan kondisi pertumbuhan serta perkembangan organ tubuh bayi misalnya paru-paru dan sistem pencernaan.

KAEDAH PANTAU AIR KETUBAN 

  1. Sebarang masalah yang melibatkan janin akan diimbas menggunakan mesin ultrabunyi, dopler ultrasound dan CTG bagi memantau jantung janin.
  2. Ibu boleh rasa sendiri perut tidak membesar seperti sepatutnya. Jadi, pantau pergerakan janin untuk memastikan kesihatannya.
  3. Sekiranya terdapat sejarah pada kelahiran terdahulu atau anak saiz kecil (kurang dari 2.5kg) doktor akan memantau janin tersebut dari seawal tempoh kehamilan.
  4. Pengambilan aspirin selepas tiga bulan pertama kehamilan bagi membuka saluran oksigen dan makanan lebih mudah untuk sampai kepada janin.
  5. Berat badan ideal penting bagi mengelakkan bayi terlalu ringan dilahirkan, dan penyusutan air ketuban. Justeru, ibu yang kurus dengan BMI kurang 20 pada awal kehamilan tergolong dalam kumpulan berisiko.
  6. Posisi tidur semasa hamil haruslah betul iaitu mengiring. Ini meningkatkan aliran darah sempurna kepada janin.
  7. Pada kehamilan normal, ketika cukup bulan, jumlah cairan ketuban sekitar 500-800ml.

FAKTOR UTAMA AIR KETUBAN KURANG

  1. Jangkitan kuman ke atas karung kandungan. Ini menyebabkan membran selaput jadi lemah. Sedangkan membran selaput ini sangat kuat utnuk menampung keberatan janin dan air ketuban hingga kadangkala terpaksa dipecahkan ketika ibu hendak bersalin.
  2. Mengalami masalah saliran air kencing tersumbat yang menyebabkan penghasilan air kencing kurang. Keadan ini hanya berlaku kepada janin lelaki.
  3. Bayi yang tidak dapat cukup makanan kerana saluran darah pada uri jadi kecil atau tersumbat turut menyumbang masalah. Ini disebabkan ibu mempunyai darah tinggi ketika hamil.
  4. Rokok, alkohol dan dadah dipercayai menyumbang kepada pengeluaran air ketuban ini.
  5. Mengalami ciri-ciri hamil anak kembar.
  6. Melakukan aktiviti terlalu berat untuk ibu hamil.
  7. Dinding rahim terkoyak dan mengalami iritasi.
  8. Ibu hamil tidak dapat gizi seimbang selama tempoh kehamilan.

RISIKO AIR KETUBAN KERING

  • Bayi jarang bergerak ketika dalam perut.
  • Ibu rasa sakit pada rahim ketika bayi melakukan gerakan.
  • Keadaan perut ibu tidak mengalami pembesaran melainkan semakin mengecil.
  • Nafsu makan berkurang.
  • Penat jika berjalan walaupun hanya beberapa langkah.
  • Keluar cairan dari lubang vagina.
  • Tekanan darah meningkat.

Selain itu, ibu juga boleh dapatkan tip bagaimana cara menjaga kandungan supaya sihat di pautan ini: Amalkan 20 Tip Ini Jika Mahu Bayi dalam Kandungan Sihat.

SUMBER: WOMHelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda