TAHUKAH anda, ibu hamil dilarang makan telur separuh masak ataupun telur mentah? Tetapi apakah alasannya? Bukankah telur itu sendiri bagus untuk kesihatan dan sangat kaya dengan sumber protein dan vitamin?

Kita baca dulu sebabnya…


KHASIAT TERJEJAS

Dari segi khasiat, telur yang dimasak adalah sangat baik untuk kita. Bagaimanapun, kandungan protein dalam telur mentah tidak boleh dihadam sepenuhnya.

Apabila kita makan telur masak, 90 peratus protein boleh dihadam usus manusia, tetapi hanya 50 peratus protein telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah tidak baik untuk kita.


KUMAN PENYAKIT

Dari segi kuman penyakit, telur mentah ialah pembawa bakteria salmonela. Bakteria ini didapati daripada usus dan tahi ayam. Bakteria ini boleh masuk ke dalam telur ketika ayam bertelur dan sebelum kulit telur jadi keras.

Bagi mengelakkan pembiakan bakteria itu supaya tidak jadi banyak, telur-telur mentah sepatutnya disimpan dalam peti sejuk, bukan atas rak kedai runcit. Bakteria salmonela dihapuskan apabila telur dimasak atau dipasturkan.


BAKTERIA SALMONELA PUNCA KEGUGURAN

Kita akan mulai rasa sakit dalam masa 6-72 jam selepas makan telur yang mengandungi bakteria salmonela hidup.

Toksin ini boleh menyebabkan keradangan dalam usus, sakit perut, demam, muntah dan cirit-birit selama 4-7 hari. Inilah penyakit salmonela enteritis. Orang dewasa akan pulih sendiri tanpa rawatan sebab sistem imunisasi kita akan melawan toksin.

Tetapi mereka dengan sistem imunisasi lemah seperti ibu hamil, salmonella enteritis boleh jadi penyakit yang lebih teruk hingga menyebabkan keguguran atau kematian janin.


Saya lupa yang isteri saya mengandung. Boleh pulak saya bagi isteri saya makan nasi goreng ekstra telur mata goyang (lihat gambar).

Mujur bidadari saya seorang doktor dan dia tahu yang orang mengandung perlu elak makan telur yang separuh masak begini!

Tepuk dahi!

Saya lupa yang dalam telur separuh masak  ada kemungkinan besar bakteria salmonela masih hidup. Untuk orang normal macam kita, mungkin selamat hendak makan tapi untuk orang mengandung memang bahaya.

Bagi orang menganandung, sistem imunisasi tubuh tidak macam kita. Sistem imunisasi mereka sangat lemah. Kalau terkena penyakit Salmonella Enteritis pun, 80 peratus orang mengandung boleh keguguran.

Ya, orang mengandung memang sangat sensitif tubuh dan jiwanya. Itulah kenapa mereka perlu sangat suami yang tahu ilmu kekeluargaan kerana suami bertanggungjawab menjaga dan melindungi. 

SUMBER: Taufiq Razif | Maria Firdz

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda