AIR ketuban memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi ketika dalam kandungan.

Sekiranya air ketuban mengalami masalah ia akan menyebabkan kesan kepada kesihatan bayi. Salah satunya adalah kekurangan air ketuban boleh menyebabkan Sindrom Potter pada bayi.

BACA>>> Kenapakah Air Ketuban Penting untuk Bayi dalam Kandungan?

APA ITU SINDROM POTTER?

Sindrom Potter adalah satu keadaan yang boleh menyebabkan kelainan fizikal berikutan kekurangan air ketuban dan kegagalan ginjal untuk berkembang ketika bayi di dalam kandungan.

Pada perkembangan normal, bayi akan menelan cairan ketuban yang kemudian diproses oleh ginjal dan dikeluarkan dalam bentuk urin.

Namun, ketika ginjal dan saluran kencing janin tidak boleh berfungsi sepatutnya, ini akan menimbulkan masalah yang membuat bayi menghasilkan urin yang sedikit seterusnya menyebabkan jumlah air ketuban yang turut berkurangan.

Kekurangan air ketuban inilah yang akan membuatkan  bayi tidak mempunyai perlindungan di dalam rahim, seterusnya bayi mengalami tekanan pada dinding rahim, wajah kelihatan lain dan bentuk tubuh yang tidak normal.

APA AKAN TERJADI JIKA BAYI MENGALAMI SINDROM POTTER?

Bayi yang mengalami sindrom ini mempunyai ciri-ciri telinga yang lebih ke bawah dari bayi normal, dagu kecil dan tertarik ke belakang, lipatan kulit yang menutupi sudut mata (lipatan epicanthal) serta pangkal hidung melebar.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan kelainan pada anggota badan yang lain. Selain itu, kekurangan air ketuban ketika hamil boleh melambatkan perkembangan paru-paru bayi, adakalanya ia tidak boleh berfungsi dengan baik, yang mana boleh menyebabkan bayi turut mengalami masalah jantung.

BAGAIMANA CARA MENGENAL PASTI SINDROM POTTER

Sindrom Potter biasanya boleh diagnosis pada lewat kehamilan menerusi ujian ultrasound (USG). Bagaimanapun, ada beberapa kes Sindrom Potter hanya dikenal pasti setelah bayi dilahirkan.

Tanda-tanda yang boleh dikenal pasti menerusi ujian USG adalah kelainan ginjal, kadar air ketuban dalam rahim, kelainan paru-paru dan ciri khas Sindrom Potter pada wajah bayi.

Manakala, gejala Sindrom Potter boleh dikenal pasti pada bayi yang baru dilahirkan menerusi jumlah pengeluaran air kencing yang sedikit dan gangguan pernafasan.

Jika ketika kelahiran bayi diketahui mengalami Sindrom ini, doktor biasanya akan melakukan ujian lanjutan antaranya ujian genetik, ujian air kecing, X-Ray, Ct Scan dan ujian darah untuk menentujan penyebab atau mencari tahap kesihatan bayi.

BACA>>> Hati-Hati 9 Penyakit Ini yang Kerap Serang Anak Kecil

APAKAH RAWATAN YANG DIPERLUKAN OLEH BAYI

Rawatan yang diperlukan oleh bayi yang mengalami Sindrom Potter ini bergantung kepada penyebab keadaannya.

Beberapa pilihan yang disyorkan oleh doktor antaranya:-

  • Bayi dengan sindrom Potter mungkin memerlukan alat bantuan pernafasan. Ini mungkin termasuk ketika bayi lahir untuk membantu agar bayi boleh bernafas dengan normal.
  • Beberapa bayi juga mungkin memerlukan tabung makanan untuk memastikan mereka mendapatkan nutrisi yang cukup.
  • Operasi saluran kencing untuk mengatasi penyumbatan saluran kencing.
  • Jika ada masalah dengan ginjal bayi, cuci darah atau dialisis mungkin dilakukan.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda