BAYI mengidap selesema dan batuk memang merisaukan kerana tiada ubat boleh diberikan untuk melegakan kesakitan. Jadi, ramai ibu bapa cuba mengamalkan alternatif lain termasuk kaedah stim bagi mengeluarkan kahak secara semula jadi.

Berikut perkongsian daripada pemilik Facebook Siti Nurain Mohd Amin mengenai kaedah stim dan tepuk percussion.

Menurut Siti Nurain, kaedah itu dipelajarinya daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga pernah berkhidmat di bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri. Kaedah itu dilakukan bertujuan melonggarkan kahak dalam paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.

* Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan isi kandungan asal.

BAHAN- BAHAN

1. Periuk nasi
2. ‎1 labu bawang putih (8-10 ulas)
3. ‎Air
4. ‎Lemon (jika ada)

Bawang putih bagus kerana ia antivirus dan antibiotik semula jadi.

KAEDAH PENYEDIAN AIR STIM

1. Tuang air dalam periuk nasi.
2. ‎Tumbuk bawang putih secara kasar. Tidak perlu lumat. Boleh tumbuk sekali dengan kulit.
3. ‎Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.
4. ‎Tutup periuk dan tunggu hingga air mendidih.

KAEDAH STIM DAN TEPUK PERCUSSION

1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.
2. Letakkan kerusi sebelah periuk untuk kita duduk.
3. ‎Tiarapkan anak atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau anak kuat meronta dan tundukkan kepala ke arah periuk.
4. ‎Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak.
5. ‎Tepuk secara ‘cupping’ (telapak tangan dilekukkan) pada bahagian belakang dada. 5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus meleleh, boleh lap. Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.
6. ‎Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4.
7. Doktor kata, lagi anak kita menangis lagi bagus. Paru-paru akan terbuka. Stim banyak masuk, maka kahak mudah cair.
8. Buat 15-20 minit ikut keadaan. Pastikan hingga hingus berwarna jernih.

Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda