KIRA-KIRA 80 peratus bayi yang dilahirkan mempunyai tanda lahir yang pelbagai bentuk, warna dan saiz. Salah satunya adalah tanda lahir yang berwarna gelap biru kelabu atau lebih dikenali sebagai Mongolian spot.

Bagaimanapun, yang menjadi persoalan, adakah tanda lahir ini membahayakan anak kita?

BACA>>> Jenis-Jenis Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

APA ITU MONGOLIAN SPOT?

Mongolian spot merupakan tanda ahir jenis berpigmen, yang bermaksud terbentuk dari  pigmen melanosit (zat pewarna alami kulit) di satu bahagian kulit tertentu sedari embrio bayi masih dalam proses perkembangan ketika dalam kandungan.

Kumpulan melanosit yang terperangkap di bawah kulit itu kemudian akan menimbulkan tompok berwarna kelabu, kehijauan, biru tua atau hitam. Meski, warnanya mirip dengan lebam, namun ia tidak menyebabkan kesakitan.

Mongolian spot berukuran 2-8 cm dengan bentuk tidak teratur dan sering terdapat di bahagian tubuh yang tertutup seperti punggung, juga kaki mahupun lengan.

Bagaimanapun, dalam istilah perubatan, tanda lahir mongolian juga dikenali sebagai dengan melanositosis kulit bawaan.

APAKAH PENYEBAB MASALAH INI?

Sehingga kini, tidak ada pakar kesihatan yang tahu punca dan faktor penyebab yang menyumbang kepada pembawaan pigmen di bawah kulit ini.

Namun, mongolian spot selalu didapati pada bayi yang berkulit gelap seperti orang Asia dan Afrika.

BAHAYAKAH MONGOLIAN SPOT INI?

Berdasarkan kepada Healthline, tanda lahir ini tidak berbahaya dan tiada terkaitan dengan keadaan kesihatan atau penyakit kulit. Mongolian spot tidak dapat dirawat dan biasanya akan hilang sendiri apabila usia meningkat remaja.

Bagaimanapun, dalam kes tertentu, Mongolian spot dalam ukuran besar dan lebar pada punggung ini boleh menjadi tanda kepada gejala penyakit seperti:

  • Penyakit Hurler
  • Hunter’s syndrome
  • Penyakit Niemann-Pick
  • Mukolipidosis
  • Mannosidosis

Oleh itu, disaran untuk berjumpa dengan doktor jika tanda lahir ini mengalami perubahan bentuk, warna dan saiz kerana dikhuatiri boleh menjadi tanda kanser kulit.

BACA>>> Awasi 11 Tanda Anak Anda Mungkin Mengidap Kanser

BOLEHKAH IA DIRAWAT?

Mongolian spot tidak berbahaya dan tidak perlu dirawat. Jika timbul keraguan anda boleh meminta doktor melakukan pemeriksaan tompokan tanda lahir itu secara berkala untuk melihat apakah terjadi perubahan abnormal yang menjadi tanda kanker kulit.

Untuk makluman, tanda lahir boleh dihilangkan menerusi pembedahan atau prosedur laser sekiranya menggangu penampilan. Namun, ia hanya boleh dilakukan apabila usia anak sudah melebihi 20 tahun menerusi terapi laser.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda