APABILA jumlah susu badan mula berkurangan, tidak dinafikan ramai dalam kalangan ibu mula mengambil makanan tambahan sebagai milk booster.

Sebenarnya kita tidak perlu pun milk booster yang banyak dijual dalam pasaran itu. Membazir! Makanan berkhasiat, minum air dan kawal adalah lebih penting dalam membantu membanyakkan susu ibu.

Jom ikuti perkongsian Dr Erna Nadia ini yang menerangkan tentang cara banyakkan susu badan tanpa milk booster! Yang penting mindset ya ibu-ibu semua!

BACA>>> Makanan Kesukaan Ibu Menyusu Boleh Jadi Milk Booster? Baca Penjelasan Doktor Ini…


Untuk membanyakkan susu badan tidak perlu pun milk booster.

Cukuplah dengan:

1. Minum air masak yang banyak
2. Kawal stres anda (tekanan tinggi, susu kurang)
3. Minum susu
4. Makan makanan yang boleh lebatkan susu seperti lobak putih, sawi, horlicks, kurma merah.
5. Rajin pam susu
6. Jangan beli susu formula (sebab bila ada susu formula di rumah, kita akan fikir tidak apalah tidak cukup susu badan, nanti boleh topup)
7. Belajar teknik yang betul untuk menyusu dan pam.

milk booster

Ingat, demand and supply.
Makin kerap susu badan, makin lebatlah susu badan.

Kalau kita malas, memang semua benda tidak boleh.

Kata-kata itu doa, kalau asyik kata tidak boleh atau tidak ada memang itulah yang kita dapat.

Ada yang kata, dalam milk booster ada kurma lah coklat lah…

Saya kata, baik makan yang natural sahaja. Kan sama juga?
Makan yang fresh kan lebih bagus.
kalau sudah berubah bentuk itu, mustahil tak ada bahan lain kan?

Paling senang nak ikut logik akal adalah:

Kalau ada tarikh luput itu, ada bahan lain lah itu.
Sebab kalau makanan fresh, boleh tahan sekejap saja.

Suka sangat membazir awak ini semua ya…

Milk booster
Energy booster
Slimming booster
Whitening booster
Semua nak booster. Mati taknak?

Hurm. Dari bazir beratus beli pelik-pelik, baik beli makanan fresh. Jimat dapat, khasiat pun dapat, sedap lagi berlipat ganda.

Pesanan kali ke sejuta, tidak perlu milk booster.

Dan kalau sudah berusaha sehabis daya, it is ok saja nak bagi formula milk. Janganlah stres ya!

Nota Kaki: Kalau orang lain boleh, kenapa anda banyak alasan?
(Lainlah jika anda ada masalah kesihatan yang doktor sendiri kata tidak boleh susu badan)

Dr Erna Nadia
Semua orang nak yang terbaik untuk anak anak mereka dan yang terbaik adalah susu badan.

BACA JUGA>>> 20 Panduan dan Cara Lengkap Menyusukan Bayi

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda