AIR ketuban adalah air yang keluar dari vagina (kemaluan) dan merupakan tanda kelahiran awal yang kita sudah bersedia untuk bersalin. Bagaimanapun, wanita hamil buat pertama kali seringkali keliru tentang cairan yang keluar.

Persoalan yang selalu menjadi tanda tanya ibu hamil adalah, “Adakah yang keluar itu air ketuban atau air kencing?

Berikut penjelasan tentang air ketuban, ciri-ciri dan tanda-tanda air ketuban sudah pecah.

KENAPA PERLU TAHU AIR KETUBAN PECAH

Jika air ketuban pecah dan kita tidak segera merujuk ke hospital, kemungkinan bayi dalam kandungan akan kekurangan cairan dan bayi akan lemas di dalam kandungan. Biasanya, pembedahan akan dilakukan jika ketuban di dalam kandungan sudah habis dan bayi lemas di dalam kandungan perlu dikeluarkan dengan segera.

Oleh itu, adalah penting setiap ibu hamil tahu ciri-ciri ketuban agar kita boleh segera ke hospital.

Ciri-ciri air ketuban seperti:-

  • JERNIH – Cairan ketuban yang dikeluarkan lebih jernih dan kadang-kadang disertai dengan flek berwarna putih dan sedikit darah. Ia sangat berlainan dengan urin kerana warnanya lebih pekat kekuning-kuningan.
  • CAIR – Lelehan cairan ketuban adalah lebih cair dan tidak melekit. Ia sangat berbeza dengan keputihan kerana ia melekit dan tidak cair.
  • BAU – Urin mempunyai bau menyengat. Manakala, air ketuban memiliki bau yang agak harum. Bagaimanapun, ada sesetengah ibu hamil mempunyai air ketuban dengan bau yang hanyir.

TANDA-TANDA AIR KETUBAN PECAH

1. ADA CAIRAN MEREMBES KELUAR DARIPADA VAGINA

Ibu hamil boleh merasa cairan keluar dari vagina apabila air ketuban sudah pecah. Cairan itu keluar tanpa boleh ditahan, yang seakan-akan darah mengalir ketika datang bulan. Jumlah cairan itu ada yang keluar banyak dan ada yang hanya mengalir sedikit. Sebab itu, ada ibu hamil yang tidak sedar ada cairan keluar daripada vagina mereka.

2. CAIRAN MENGALIR DARIPADA VAGINA

Gejala ini sering dialami oleh ramai ibu hamil dibandingkan dengan tanda-tanda pertama tadi. Ada air ketuban pecah hanya mengalir perlahan daripada vagina dan jumlahnya lebih banyak daripada yang pertama tadi.

3. MERASAKAN SESUATU PECAH

Ibu hamil boleh merasakan sesuatu pecah dari dalam perutnya seakan-akan gelembung yang meletus. Selepas itu, kita boleh merasakan ada cecair yang keluar daripada vagina, itulah air ketuban yang pecah tadi.

4. CAIRAN YANG KELUAR HANGAT

Ketika air ketuban keluar daripada vagina, kita boleh merasakan ia mengalir perlahan kerana airnya hangat.

5. SAKIT BAHAGIAN BAWA PERUT

Selepas air ketuban pecah dan mengalir keluar daripada vagina. Kita juga boleh merasakan tekanan atau sakit pada bahagian bawah perut, yang kemudiannya diikuti dengan kontraksi secara berterusan.

6. MULANYA KONTRAKSI

Kita akan mula merasakan sakit pada perut yang luar biasa seperti perut terasa panas, punggung sakit, itulah namanya kontraksi. Keadaan ini menunjukkan bahawa kita sudah sedia untuk bersalin.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda