BIASANYA susu segar yang sudah berbau masam kita buang saja kerana tidak tahu ia mempunyai kegunaan lain. Rupanya, susu segar yang masam itu boleh dijadikan keju!

Senang saja cara membuatnya, ikuti perkongsian Puan Suriya Ab Majid tentang cara-cara memasak keju daripada susu segar yang sudah masam ini.

BACA>>> Tidak Tahu Susu Fresh Milk Yang Sesuai Untuk Anak? Baca Penerangan Doktor Ini…

SUSU MASAM BERTUKAR JADI CHEESE, BIAR BETIK?

Barulah saya tahu, kalau susu sudah masam it can be the perfect milk for making a cheese.

Cerita Jumaat lepas, buka penutup susu Farm Fresh Milk Malaysia… sekali menyelinap bau masam. Terus tidak jadi nak brew coffee.

Korang kalau susu sudah masam jangan buang. Banyak kegunaannya.

Antaranya boleh buat kek, pankek, carbonara, mushroom soup dan apa-apa saja masakan yang menggunakan susu.

Biasanya memang saya masakkan jadi carbonara spaghetti. Tapi kali ini nak cubalah buat homemade cheese.

BACA>>> Resepi Milkshake yang Sedap, Mengenyangkan dan Boleh Rangsang Susu Ibu

Senang saja cara nak buat:

1. Panaskan susu dalam periuk hingga mendidih. Api sederhana saja. Masukkan juga 1 sudu kecil garam. Nampak sudah mula berwap, cepat-cepat tutup api.

2. Alihkan periuk dari dapur.

3. Masukkan 3 sudu besar cuka putih. Saya guna Disstilled White Vinegar jenama Heinz. Kacau sekejap.

4. Biarkan dalam 5-15 minit. Susu akan jadi berketul-ketul.

5. Guna kain kasa, saya guna kain lampin bersih untuk tapiskan. Biarkan 45-1 jam untuk airnya ditoskan.

Ok sudah siap. Boleh simpan dalam bekas.

Airnya itu simpan. Banyak khasiatnya tu. Air itu sebenarnya milk whey liquid. Nanti saya kongsi pula macam mana cara menggunakan milk whey liquid ini.

Bagi yang tengah buat diet eat clean, this is the best option for commercial cheese.

Homemade is always the best.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda