RAMAI ibu selepas bersalin, terutama mereka yang mengambil suntikan epidural mengeluh mengalami sakit belakang. Ramai menganggap kesakitan itu disebabkan kesan suntikan yang diambil itu.

Rupa-rupanya, kesakitan itu bukanlah disebabkan kesan suntikan epidural, tetapi faktor lain yang berlaku semasa dan selepas bersalin.

Mari kita ikuti perkongsian jururawat Bel Nawhen tentang salah faham dan perbezaan antara anestasia atau bius spinal dan epidural.


Pembetulan tentang salah faham dan perbezaan antara anestasia spinal dan epidural.

ANESTASIA SPINAL

• Ubat bius dimasukkan ke dalam air tulang belakang. Spinal anaesthesia kebiasaannya diberikan bagi prosedur seperti caesarean dan melibatkan bahagian pinggang ke bawah.

• Disuntik ke dalam cecair tulang belakang.

• Lebih cepat memberi kesan serta-merta.

ANESTASIA EPIDURAL

• Ubat bius dimasukkan ke dalam rongga epidural yang juga terletak di tulang belakang (epidural space).

• Ia akan membuatkan anda rasa kebas atau juga menahan rasa sakit di beberapa kawasan badan.

• Dialam kes ibu bersalin, ia akan memberi kesan dari pinggang hingga kaki. Ia mengambil masa 10-20 minit untuk memberi kesan kebas tersebut.

• Satu tiub kecil akan dibiarkan di tempat tersebut. Jadi, jika anda memerlukan dos lebih, ubatan hanya dimasukkan dengan terus melaluinya.

Sakit belakang selepas spinal BUKAN akibat cucukan.

Sakit belakang selepas ambil anestasia spinal dan epidural?

1. Bagi ibu yang baru bersalin. Sakit belakang bukan sesuatu yang disebabkan bius. Tetapi disebabkan perubahan bentuk tubuh sebelum, semasa dan selepas bersalin.

2. Rahim yang mengembang semasa hamil turut akan melemahkan otot abdomen dan menyebabkan tekanan tambahan yang boleh menjadi punca kepada sakit belakang.

3. Penambahan berat badan dalam tempoh hamil juga menyebabkan sakit belakang.

4. Proses bersalin juga boleh menyebabkan rasa sakit belakang berlarutan.

5. Faktor usia dan kekerapan hamil dan bersalin juga ialah faktor penyumbang kepada sakit belakang.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda