SALAH satu penyebab kepada masalah kesuburan wanita adalah tekanan atau stres kerana ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan wanita lain.

Salah satu cara terbaik untuk melawan stres adalah yoga. Nah, berikut adalah lima poisisi yoga yang boleh meningkatkan kesuburan. Cubalah!

BACA>>> 4 Senaman Terbaik untuk Ibu Hamil Hadapi Detik Bersalin

1. PASCHIMOTTANASANA

Merupakan salah satu posisi yoga yang dapat merangsang ovarium dan uterus. Posisi yoga ini membantu meregangkan otot di punggung bawah, pinggul dan paha belakang.

2. HASTAPADASANA

Dalam posisi ini, anda perlu membongkok ke depan hingga wajah menyentuh kaki. Posisi ini dapat meregangkan semua otot penting di tubuh, yang akan meningkatkan bekalan darah ke bahagian pinggul dan sistem saraf. Hastapadasana juga dapat membantu menghilangkan stres pada bahagian perut dan membuat sumsum tulang belakang lebih fleksibel.

3. JANU SIRSASANA

Posisi yoga ini boleh menguatkan otot punggung bawah. Jika anda melakukannya dengan cara yang betul, posisi ini boleh membuat anda merasa lebih santai dan membantu melepaskan ketegangan dari punggung bawah. Ia juga efektif dalam meregangkan betis dan paha belakang.

BACA>>> Berhenti Bersenam Ketika Hamil Jika Muncul 6 Tanda Bahaya Ini!

4. BADDHA KONASANA

Baddha Konasana dipercayai dapat meningkatkan fleksibilitas di bahagian pinggul kerana membantu meregangkan otot di sekitar paha bahagian dalam, alat kelamin dan lutut. Ini juga dapat membantu melepaskan racun dan energi negatif di bahagian pinggul dan pangkal paha. Panggul, perut dan punggung juga dirangsang untuk membuat bekalan darah melimpah.

5. VIPARITA KARANI

Viparita Karani dapat mengurangkan sakit punggung dan meningkatkan aliran darah ke bahagian panggul. Posisi ini dapat meregangkan otot di bahagian belakang leher, dada depan dan belakang kaki. Anda juga dapat meningkatkan kemungkinan pembuahan dengan posisi ini setelah bersama suami.

SUMBER: Merdeka

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda