PERUT penuh dengan nanah? Bayangkan, anak kita yang baru berusia 3 tahun, perutnya penuh dengan nanah. Kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali?

Ini pengalaman seorang ibu yang mengatakan bahawa anaknya Mina, mengalami sakit perut yang luar biasa. Pada satu malam kira-kira jam 12 malam, wajah Mina berubah menjadi hitam.

Pada mulanya, ibu Mina beranggapan anaknya mengalami sakit perut biasa. Tapi selepas diperiksa oleh doktor, ianya bukan penyakit biasa!

BUKAN PENYAKIT BIASA

Sebaik sahaja selesai pemeriksaan endoskopi perut, doktor mengesahkan Mina menderita kesakitan akibat terlalu banyak nanah dalam perut (ulkus duodenum).

Jadi, doktor terpaksa bedah Mina untuk buang semua nanah dalam perutnya. Setelah melakukan pembedahan, Mina kini pulih seperti biasa. Agaknya apa tabiat buruk ibu Mina hingga menyebabkan dia sakit?

BACA>>>> Ngeri! Doktor Jumpa 100 Telur Cacing Pita Dalam Otak Budak 8 Tahun

SUKA KUNYAH ATAU TIUP MAKANAN UNTUK ANAK

Menurut doktor, ibu Mina mungkin selalu mengunyah atau meniup makanan untuk anaknya. Apa yang wajib kita semua tahu, tabiat inilah yang membuatkan anak-anak menderita penyakit kanser usus.

  • Tabiat suka mengunyah dan meniup makanan boleh menyebabkan anak dijangkiti bakteria merbahaya.
  • Kebanyakkan ibu dan bapa ada satu kerisauan yang pelik, takut anak tidak boleh kunyah makanan sendiri. Yaa…tolong kunyah makanan tapi kurang sedar, kita bagi anak penyakit.
  • Menurut H.Pylori, bakteria boleh disebarkan melalui plak pada gigi dan air liur.
  • Mulut orang dewasa banyak bakteria merbahaya. Jadi, jika kita suka kunyah atau tiup makanan untuk si manja, bakteria akan tersebar melalui air liur.

AWASI PERKARA INI BAGI MENGELAKKAN ANAK DIJANGKITI BAKTERIA

  • Jangan kongsi pinggan, sudu dan garpu dengan bayi. Dengan ini, bakteria tidak boleh merebak dan dapat menjamin kesihatan anak.
  • Jika anak belum boleh mengunyah dengan sempurna, kisar makanannya.
  • Tunggu makanan sejuk sebelum disuap pada anak.
  • Selain makanan, ciuman juga dapat menyebarkan bakteria melalui air liur.

Pada yang suka sangat tiup atau tolong kunyah makanan untuk anak, tolonglah..jangan buat lagi. Paling penting, jangan biar orang yang tidak dikenali, cium bayi kita. Bahaya!!

BACA>>>> Ini 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Beri Orang Asing Cium Bayi Sesuka Hati

SUMBER: TribuNews

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda