ADAKAH anda sering kecewa dan sedih apabila jarum alat penimbang tidak bergerak ke kiri? 😛 Ya, situasi tersebut memang boleh menggangu mood seharian kita. Lagi pula selepas jenuh berdiet

Sudah pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan, tetapi semua usaha itu tetap tidak menampakkan kejayaan. Tahukah anda, situasi yang berlaku itu mungkin disebabkan rutin yang kita lakukan setiap hari?

Sekarang, mari kita ambil tahu 6 kesalahan yang perlu dielakkan sepanjang usaha menurunkan berat badan.

1. BANYAK MAKAN MAKANAN MASIN DAN BERLEMAK

Jangan makan terlalu banyak makanan berlemak. Ini akan membuatkan kalori dalam tubuh bertambah hingga jadi lemak degil. Selain itu, makanan yang mengandungi garam juga perlu dikurangkan atau jika boleh, elakkan sama sekali.

Selain boleh mengakibatkan hipertensi, terlalu banyak garam dalam tubuh juga membuatkan cairan tubuh terkumpul dalam badan. Akibatnya, berat badan susah turun.

2. SELALU STRES

Hormon kortisol yang keluar ketika stres akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan meningkatkan penompokan lemak di bahagian perut.

Relaks seperti mendengar muzik, berbual, beryoga, urut dan bersiar-siar di taman untuk redakan stres. Lakukan salah satu aktiviti ini paling kurang 10 hingga 15 minit setiap hari.

3. BERJAGA MALAM

Dalam kajian dilakukan di Amerika Syarikat, kurang tidur akan meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang.

Terdapat juga kajian lain yang membuktikan individu yang tidur kurang 4 jam sehari mempunyai peluang menderita obesiti 73 peratus lebih tinggi berbanding individu yang tidurnya 7-8 jam sehari.

4. MAKAN TIDAK DI MEJA MAKAN

Makan sambil menonton televisyen, membaca buku dan menaip di komputer membuatkan anda tidak dapat menikmati makanan sepatutnya.

Akhirnya, anda mudah tergoda untuk mencari sesuatu yang nikmat dikunyah. Kalori yang masuk dalam tubuh pun akhirnya sukar dikawal.

5. KURANG BERGERAK

Sambil bekerja, anda masih boleh melakukan senaman ringan seperti buat regangan kaki dan tangan. Silang-silangkan atau ayunkan kaki dan tangan sambil duduk di atas kerusi 2-5 minit setiap sejam.

Aktiviti ini mampu memberi tambahan pembakaran kalori berbanding hanya duduk diam atas kerusi tanpa melakukan apa-apa regangan selama berjam-jam.

6. TIDAK AMBIL PRODUK TENUSU

Wanita yang mengambil yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak 3-4 kali sehari mampu mengusir 70 peratus lemak dalam tubuh. Kalsium daripada susu berperanan sebagai tombol yang memerintahkan tubuh membakar lebihan lemak.

Minumlah segelas susu tanpa lemak pada waktu sarapan, segelas yogurt rendah lemak pada waktu siang, dan segelas susu tanpa lemak pada waktu petang.

Kalau mahu berat badan turun secara sihat, jom ubah gaya hidup dan cara kita berdiet!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda