ISTERI bila sakit, mereka akan tetap melakukan semua kerja rumah seperti biasa! Bukan kerana mereka ‘kebal sakit’ tetapi terpaksa.

Tidak salah sekiranya suami peka terhadap kesihatan isteri. Ambillah cuti sebentar bagi memberi peluang mereka berehat dengan baik tanpa gangguan anak-anak.

Apa kata baca perkongsian Firdaus Shakirin tentang perkara ini, semoga selepas membacanya ramai suami mula buka mata untuk membalas penat lelah isteri menjaga keluarga anda.

BACA>>> 5 Dilema Isteri yang Suami Tidak Mahu Ambil Tahu

Isteri takkan selamanya sihat…

Ada masanya, dia akan sakit, akan demam dan ketika itu, dengan keadaannya yang macam itu, adakah kita masih mengharapkan dia melakukan tugas-tugas seorang isteri?

Ayang, bangun-bangun, tolong sidai baju jap… ayang, dah rasa sihat sikit? Tolong lipat baju jap… Ayang, abang lapar, boleh tolong masak tak? Ayang, tengok anak-anak tu, ayang itu, ayang ini…”

Tapi dia tidak sihat kan, dia sakit kan… kenapa masih nak mengharapkan dia buat kerja-kerja itu lagi?

Sebab itu kadang-kadang apa yang kita boleh lihat, isteri ini, dia tengah demam ke, dia tengah sakit kepala ke, dia lemah satu badan ke, dia tengah berpantang ke, dia masih berbakti untuk suaminya, masih lagi buat kerja-kerja rumah, masih lagi jaga anak-anak.

Sebab kalau bukan dia yang buat semua itu, nak harap siapa lagi yang buat? Digagahkan juga diri untuk buat walaupun tidak larat sangat-sangat. Sedih kalau dah sampai tahap macam ini, sudah terlebih berkorban jika dia sudah tidak lagi mementingkan keadaan dirinya.

Bila disuarakan, “Abg boleh teman ayang di rumah jangan pergi kerja” Kita balas ”Awak jangan manja sangat, jangan ikut sangat sakit itu, jangan mengada-mengada…”

Ambillah cuti, jagalah isteri dirumah, jagalah anak-anak untuk dia… buatlah kerja rumah untuk dia… bungkuskan makanan untuk dia makan, bagi dia berehat, jangan bagi dia buat apa-apa, dia perlukan “cuti” daripada semua pekerjaan yang dia selalu buat… dia manusia, bukan robot, bukan saka… dia juga tidak akan selamanya sihat untuk kita.

Tolak ansurlah dalam rumahtangga…nanti kita sakit, dia juga yang akan jaga kita… Tidak nak dia pun, kita berkira? Dan kepada semua isteri diluar sana, awak semua kena kuat untuk keluarga awak, awak smua kena sihat untuk keluarga awak… syurga ganjaran untuk awak semua… InsyaAllah!!!

BACA>>> Saya Ingat Berkahwin Hidup Lebih Senang Sebab Semua Kerja Isteri Buat Tapi…

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda