KERJA tanpa henti dan tidak pernah habis serta tekanan yang berterusan di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah mental tanpa disedari oleh pesakit.

Awalnya hanya kerana tekanan yang lama-lama menyebabkan masalah mental pada pekerja. Bahaya!

Jadi apa kata, kita kenali 4 masalah mental yang boleh dialami oleh semua pekerja untuk pengetahuan bersama.

BACA>>> Kanak-Kanak ‘Gila Gajet’ Berisiko Hidap Pseudo Autism dan Sakit Mental?

1. DEPRESI

Adalah gangguan suasana hati yang menyebabkan seseorang merasa sedih, kehilangan minat dan semangat. Penyebabnya adalah perubahan hormon, contohnya ketika hamil atau menopause, genetik dan perubahan proses kimia otak yang menpengaruhi kestabilan suasana hati.

Jika dikaitkan dengan persekitaran pekerjaan, kemungkinan besar stres berpanjangan adalah penyebabnya. Orang yang mengalami depresi, biasanya akan menunjukkan gejala seperti:

  • Merasa sedih, kosong, tidak punya harapan dan menangis tanpa sebab.
  • Marah tanpa kendali, sensitif, mudah cemas, dan merasa frustasi pada masalah kecil.
  • Hilang minat pada aktiviti rutin seperti seks, hobi, atau olahraga.
  • Insomnia atau tidur berlebihan.
  • Sangat mudah lelah, tidak nafsu makan dan tidak pernah cukup untuk istirahat.
  • Merasakan gejala fisik seperti sakit punggung dan sakit kepala.
  • Sukar memberikan tumpuan, mengingat dan membuat keputusan.
  • Kerap berfikir tentang kematian dan melakukan cubaan bunuh diri.

2. GANGGUAN BIPOLAR

Gangguan suasana hati ekstrem dari depresi menjadi mania. Penyebabnya adalah faktor genetik atau perubahan proses kimia otak yang mempengaruhi kestabilan suasana hati. Bagaimanapun, persekitaran kerja yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif juga dapat meningkatkan risiko gangguan bipolar.

Episod depresi pada gangguan bipolar sama dengan gejala depresi pada umumnya sama seperti merasa sedih, hampa, dan tidak ada minat untuk melakukan aktiviti.

Manakala, episod mania akan ditunjukkan dengan perilaku impulsif yang berlebihan, sangat aktif hingga tidak merasa penat, dan tidak mampu memilih keputusan yang betul hingga memicu kepada tindakan yang berbahaya.

3. GANGGUAN KECEMASAN

Perasaan cemas berlebihan yang tidak terkawal. Penyebab umum gangguan ini adalah stres, genetik dan memiliki sifat yang mudah cemas serta trauma.

Nah, masalah mental pada pekerja ini biasanya boleh berlaku pada mereka yang bekerja di bawah tekanan dan stres, ditambah memikirkan masalah kewangan.

Namun, boleh juga terjadi jika seorang berada dalam keadaan perubatan seperti penyakit jantung, diabetes, hipertiroid, masalah pernafasan dan beberapa penyakit lain.

Gejala gangguan kecemasan yang umumnya terjadi merangkumi:

  • Mudah merasa cemas dan merasa dirinya berada pada situasi yang berbahaya.
  • Denyut jantung meningkat, berkeringat, tubuh gemetar dan bernafas dengan laju.
  • Sukar untuk fokus, tidur dan mengalami gangguan pencernaan.
  • Merasa lemah, mudah lelah, dan sesak nafas.
  • Sentiasa berusaha untuk menghindari sesuatu yang dapat memicu kecemasan.

4. GANGGUAN STRES PACATRAUMA (PTS)

Masalah mental yang disebabkan peristiwa trauma. Sebenarnya, gangguan ini boleh berlaku dalam apa juga persekitaran kerja. Contohnya, pernah mengalami kemalangan ketika bekerja.

Orang dengan PTSD biasanya akan sering teringat pada peristiwa trauma yang dialaminya. Jadi, jika dia mula cemas, seseoarang tidak boleh mengawal diri dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan baik.

BACA>>> Menarik! Mari Cuba Ujian Kesihatan Mental Anda Secara Online

JADI, BAGAIMANA MENGATASI MASALAH AGAR BOLEH BEKERJA DENGAN BAIK?

Hampir semua pekerja dengan masalah mental mengalami kesukaran untuk fokus pada kerja.

Mereka sangat mudah berubah tumpuan dengan gangguan bunyi dan persekitaran atau apa sahaja keadaan yang boleh menganggu. Akibatnya, pekerjaan akan diselesaikan lebih lama. Selain itu, mereka juga sukar untuk berinteraksi dengan rakan sekerja atau klien.

Bekerja atau tidak sebenarnya bergantung pada keadaan pesakit sehingga gejala boleh dikawal oleh pesakit. Manakala, jika sudah terlalu parah, pesakit perlu menjalani rawatan intensif di rumah hospital mental.

APA PERLU SAYA BUAT JIKA ALAMI SALAH 1 MASALAH DI ATAS?

Anda disaran berjumpa dengan pakar sekiranya masalah itu mengganggu aktiviti harian dan mengalami tekanan yang berpanjangan.

Masalah mental ini boleh dicegah dengan melakukan senaman, beristirehat dan banyak berfikiran positif.

Apa yang penting, tahu bahagikan kerja dan lakukan mengikut kemampuan anda bagi mengelakkan anda terus menerus dilanda tekanan.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda