MASIH ada ke ibu hamil yang percaya campuran air kencing dan soda bikarbonat dapat membolehkan anda mengetahui jantina bayi dalam kandungan?

Petua orang dulu-dulu sebab tidak ada teknologi untuk tengok jantina bayi dalam kandungan tetapi zaman sekarang nak tentukan jantina senang saja, pergi scan!

Jika ada yang masih ragu-ragu apa kata baca perkongsian Dr Nurilyani Bujang tentang perkara ini secara sains dengan lebih terperinci. Semoga bermanfaat dan dapat memberikan kefahaman kepada semua ibu hamil.

BACA>>> Linea Nigra @ Garis Hitam Perut ketika Hamil Boleh Tentukan Jantina Anak?

BABY BOY ATAU GIRL

Saya menerima kiriman dari seseorang bertanyakan tentang macam mana nak tahu jantina anak dalam kandungan.

Mengandung sulung, terujanya bukan main.

Jawapan yang saya beri amat mudah ‘Jumpa doktor, nanti doktor check melalui imbasan ultrasound’.

Kemudian dia bertanya ‘Boleh ke kalau nak tahu jantina melalui pemeriksaan air kencing?

Bila saya selidik punya selidik, rupanya page sampah yang buat hal lagi!

Kali ini di suruhnya mak-mak buat petua campur air kencing dengan soda bicarbonate.

Ya! Soda bicarbonate yang guna untuk buat kek itu la…

Tepuk dahi saya!!!

Saya tidak tahu nak menangis atau murung. Ada ke air kencing dengan soda bicarbonate yang guna buat kuih itu disuruh campur?

Kalau berbuih = boy 
Kalau tak berbuih = girl

Biarlah saya jelaskan asas sains ini pada semua. Sebelum saya ulas lanjut, kita kena faham apa itu alkali dan apa itu asid.

Asid sifatnya masam 
Alkali sifatnya pahit

Terlalu berasid tidak bagus.
Terlalu alkali tidak bagus.

Badan kita memang Tuhan sudah jadikan sentiasa dalam keadaan yang seimbang tahap asid dan alkalinya. Apa jua yang terlebih atau terkurang, organ kita akan berkerja untuk sentiasa memastikan ianya berada dalam keadaan yang optimum.

Kita makan banyak benda bersifat asid, kencing kita akan makin berasid. Kita banyak makan benda alkali, kencing kita bersifat alkali.

BACA>>> Siapa Rancang Mahu Anak Lelaki Boleh Ikut Tip Dr Zubaidi Ini

Secara umumnya:

Kencing kita kebiasaannya bersifat sedikit asid
Soda bicarbonate pula bersifat alkali

Apabila asid dicampurkan dengan alkali, maka proses peneutralan akan berlaku.
Bergantung pada bahan yang dicampur, proses ini mungkin menghasilan gas, haba dan juga garam.

Kalau anda tidak percaya cakap saya, anda boleh ambil cuka dan campurkan soda bicarbonate . Buatlah eksperimen ini di rumah.

Lepas buat eksperimen, pastikan tahyul campur air kencing dengan soda bicarbonate untuk tahu jantina bayi di buang dalam tong sampah jauh jauh!

Saya sertakan gambar ehsan google untuk tengok jantina bayi melaui imbasan ultrasound ye!

SUMBER: Dr Nurilyani Bujang

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda