KEMATIAN kot atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome – SIDS) ialah situasi bayi didapati meninggal dunia secara mengejut dan tidak dapat dipastikan puncanya.

Kebanyakan kes SIDS berlaku ke atas bayi sihat yang berkelakuan normal tanpa menunjukkan sebarang petanda, dan maut tiba-tiba di tempat tidur.

Antara punca yang dikena lpasti ialah faktor kesihatan dan kelalaian ibu bapa sendiri. Berdasarkan statistik di Barat, lebih 90 peratus kes SIDS berlaku ke atas bayi berusia 7 bulan ke bawah.

FAKTOR RISIKO SIDS

Menurut pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Nimelesh Max Balanthiren, ada beberapa faktor yang menyebabkan SIDS iaitu:

    1. Penggunaan tilam lembut. Sekiranya bayi tidur meniarap di atas tilam yang lembut dengan ‘comforter’, ia boleh menghalang salur pernafasan bayi.
    2. Bayi terlalu panas. Membiarkan bayi terlalu panas boleh meningkatkan risiko kematian SIDS.
    3. Ibu bapa atau saudara yang merokok juga boleh mendedahkan bayi kepada SIDS.
    4. Jantina (lelaki).
    5. Umur (bayi berusia antara 2-4 bulan berisiko tinggi mengalami SIDS).
    6. Sejarah keluarga.
    7. Bayi pramatang.

Sejak wujud kesedaran SIDS di Amerika Syarikat (AS), insiden SIDS mula berkurangan 50 peratus disebabkan cara tidur betul. Namun kajian masih menunjukkan 1/3 bayi di AS masih tidur secara mengiring atau meniarap.

TIP ELAK SIDS

  1. Tidurkan bayi secara menelentang di dalam kot (bukan mengiring atau meniarap).
  2. Tiada masalah jika bayi diletakkan secara mengiring atau meniarap buat sementara waktu (boleh elakkan flat spots – kepala bayi leper atau senget sebelah, dan untuk membantu perkembangan otot bayi). Tetapi pastikan apabila bayi tidur mengiring, anda tidak pula tidur bersama bagi memantau pergerakannya.
  3. Elak daripada tidur bersama bayi.
  4. Gunakan tilam rata dan kejap, jangan letak bantal atau alat mainan dalam kot bayi, kerana mungkin terjatuh dan menutup muka bayi.
  5. Jangan guna bantal tidur khas – sleep positioner. Pihak berkuasa AS mengeluarkan arahan keras mengenai kesan buruk penggunaan sleep positioner kerana ada beberapa kes bayi maut akibat SIDS.
  6. Gunakan cadar daripada kapas ringan. Kalau guna selimut, biarkan kepala bayi terdedah dengan badan diselimutkan tidak melebihi paras bahu.
  7. Jangan merokok ketika hamil, dan jangan biarkan perokok mendekati bayi.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda