ADA ibu cakap, pam susu elektronik boleh buatkan payu dara kendur, sakit, luka dan sebagainya. Ada juga mengadu pam elektronik buatkan mereka rasa tidak selesa dan melecehkan. Anda mungkin turut berpendapat sama. Adakah anda bersedia mengepam susu badan secara manual menggunakan tangan sendiri?

Sebenarnya, memang ada ibu yang memilih memerah susu badan menggunakan tangan. Malah, itulah apa dilakukan ibu-ibu zaman dahulu untuk mengeluarkan susu badan. Teknik ini dikatakan dapat membantu merangsang pengeluaran susu yang banyak hingga anak berumur 2 tahun.

Jika anda memilih mahu memerah susu menggunakan tangan, bolehlah cuba 9 langkah mudah ini:


9 LANGKAH PERAH SUSU GUNA TANGAN

1. CUCI TANGAN HINGGA BERSIH

Cara pam susu yang pertama ialah pastikan anda sabun dan cuci tangan hingga bersih sebelum memulakan sesi mengepam susu secara manual ini.

Gosok di setiap celahan jari dan kuku supaya tangan betul-betul dalam keadaan bersih dan suci.

2. TUAM PAYU DARA DENGAN AIR SUAM

Kemudian, letakkan kain yang direndam air suam dan tuam di bahagian payu dara yang rasa keras atau bengkak.

Tuam selama 3 hingga 5 minit sekitar payu dara.

3. URUT PAYU DARA 

Kemudian, urut payu dara sekitar puting dengan cara berpusing menggunakan jari.

4. DUDUK TEGAK

Duduk menegak dan bersandar sedikit ke depan bagi memudahkan proses mengepam susu menggunakan tangan ini.

5. LETAKKAN JARI SEKITAR AREOLA

Tempatkan jari di sekitar areola. Buat posisi melingkar dalam keadaan huruf C seperti gambar di atas.

Bahagian telapak tangan pula melekap di bahagian payudara bawah.

6. TEKAN AREOLA KE ARAH DALAM

Tekan tangan ke arah payu dara secara lembut tetapi dengan tekanan. Tekanan jari itu harus melingkar seperti mengurut bukan bergesel.

7. BUAT GERAKAN SECARA MEMUTAR 

Selepas susu badan keluar beberapa kali, rehatkan payu dara dengan cara berurut lembut.

8. TADAH SUSU DALAM BEKAS BERSIH

Ambil bekas bersih yang sudah direbus dengan air panas untuk menyimpan susu perahan.

Tapi kalau hendak simpan lama, seeloknya cari bekas steril seperti plastik, kaca, atau botol susu.

9. ULANG PROSES SAMA

Ulangi kembali proses ini pada payu dara sebelah lain pula. Biarkan kedua-dua payu dara rasa kosong.

Bagi ibu yang mahu mengepam susu secara pam elektronik, boleh klik pautan ini: 8 Jenis Pam Payudara Terbaik dengan Harga Bawah RM50.

SUMBER: WikiHow

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda