HAMIL bukanlah alasan untuk kita mengelakkan diri daripada tidak memandu. Sebenarnya, ibu hamil boleh melakukan apa saja aktiviti seperti mana wanita normal lain asalkan tidak membahayakan diri sendiri dan kandungan.

Bagi awal kehamilan mungkin sedikit membimbangkan kerana kita akan berhadapan alahan teruk. Jika dalam keadaan tidak sihat, cuba elakkan memandu bersendirian.

Berikut antara panduan memandu dari trimester pertama hingga kelahiran buat bakal ibu:


TRIMESTER PERTAMA

1. MAKAN DAHULU

Makan terlebih dahulu sebelum memandu. Jika tidak, perut kosong boleh menyebabkan mual ketika memandu. Lagi-lagi terkena penyaman udara dalam kereta, mula boleh jadi makin.

2. SEDIAKAN MAKANAN

Dalam apa juga keadaan, pastikan kita menyediakan makanan ringan dalam kereta. Bolehlah kita makan kalau perut tiba-tiba lapar.

3. GULA-GULA

Memandu kadangkala membuatkan kita memualkan, sediakan gula-gula, terutama berperisa halia.

4. BEG PLASTTIK

Beg plastik sangat berguna jika tiba-tiba rasa mual yang tidak mampu ditahan hingga sampai tahap hendak termuntah.

5. REHAT SEKETIKA

Jika semasa memandu pening dan mual yang tidak mampu dikawal. Berhenti dan berehatlah sekejap sampai pening hilang sebelum mulakan semula perjalanan.


TRIMESTER KEDUA

1. PEMERIKSAAN KESIHATAN

Jika mahu berjalan jauh, pastikan kita buat pemeriksaan kesihatan dan kandungan terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah.

2. REHAT 

Trimester ini, tulang belakang akan mula rasa sakit. Kita berhenti dan rehatlah terlebih dahulu jika mula sakit belakang.

3. SENAMAN REGANGAN

Buat senaman rengangan dalam kenderaan ketika otot sendi mula sakit dan ngilu.


TRIMESTER KETIGA

1. BANTAL KECIL

Perut besar akan menyebabkan kita sakit belakang, letakkan bantal kecil di belakang semasa memandu untuk mengurangkan sakit.

2. JARAKAN PERUT DENGAN STERENG

Berikkan jarak yang sesuai antara perut dan stereng. Jangan terlalu rapat dan jauh, tetapi pastikan kaki boleh menekan pedal sepenuhnya.

3. TURUNKAN TEMPAT DUDUK

Jika tiba-tiba rasa kontraksi ringan, berhenti sebentar. Turunkan tempat duduk agar kita boleh baring dan berehat  hingga kontraksi hilang. Hubungi atau dapatkan bantuan sekiranya kontraksi tidak hilang.

4. CARI LOKASI REHAT

Jalan sesak menyebabkan kita lebih stres dan letih. Cuba cari tempat rehat. Keluar dan berjalanlah untuk mengelak kaki dan otot kekejangan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda