DISEBABKAN terlalu kecewa selepas tunangnya tidak mahu bertanggungjawab, seorang wanita nekad membeli 10 biji ubat gugur dijual di Facebook (FB) untuk menggugurkan kandungannya yang berusia 20 minggu.

Wanita berusia 22 tahun itu membelanjakan RM600 untuk ubat jenis kapsul itu dengan dua biji dimakannya kira-kira 1 pagi, Jumaat lalu, manakala lapan biji lagi dimasukkan ke dalam kemaluan.

MINUM AIR KARBONAT UNTUK GUGURKAN KANDUNGAN

 

 

Bagi memudahkan proses, dia turut didakwa meminum air berkarbonat, sehingga mengalami komplikasi dan melahirkan bayi lelaki cukup sifat kira-kira jam 11 malam, hari sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, suspek berseorangan di rumah sewanya ketika mengalami sakit perut selepas satu jam mengambil ubat berkenaan.

BACA>>>> Bayi Lelaki 8 Bulan Maut, 3 Lagi Parah Dikelar Ibu Kandung

SI LELAKI ENGGAN BERTANGGUNGJAWAB

Gambar sekadar hiasan

Katanya, ubat dipercayai diambil untuk menggugurkan kandungan itu selepas tertekan disebabkan bekas tunangnya enggan bertanggungjawab dan mereka putus tunang pada Jun lalu.

“Dia melahirkan bayi lelaki yang cukup sifat seberat 304 gram, namun sudah meninggal dunia pada 11 malam. Suspek kemudian membersihkan bayi itu dan membalutnya dengan tuala sebelum ke klinik swasta berhampiran.

“Dia ke klinik kira-kira jam 12 tengah hari bersama mayat bayinya dan memaklumkan mengalami keguguran sebelum pekerja klinik itu memberikan nombor telefon seorang lelaki yang boleh menguruskan pengebumian.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit meminta suspek membuat laporan polis terlebih dahulu sekiranya untuk urusan pengebumian yang sempurna menyebabkan suspek ke Balai Polis Gong Badak,” katanya di Kuala Terengganu, hari ini.

Suffian berkata, suspek menunggang motosikal ke balai itu bersama mayat bayinya yang diletakkan di dalam raga.

Katanya, suspek kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan.

“Bagi kesalahan itu, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

BACA>>>> Sampai Hati, Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Kesejukan di Stesen Bas

SUMBERHMetro

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda