KEPADA kaum ibu yang sedang atau bakal berpantang, anda boleh cuba hidangan serunding halia dengan bawang putih. Hidangan ini bagus untuk buang angin dalam badan. Kalau mahu lebih sedap, boleh tambah sedikit ikan bilis yang digoreng rangup. Bukan sedap saja, tetapi badan jadi segar, ringan dan bertenaga!

Jika anda ada masalah angin, boleh cuba resepi serunding halia ini. Bukan untuk yang sedang berpantang sahaja, sebenarnya sesiapa pun boleh cuba.


BAHAN-BAHAN

  • Halia
  • Bawang Putih
  • Garam
  • Ikan bilis (jika suka)
  • Chili flakes (jika suka)

CARA MEMASAK

  1. Tumbuk atau sagat halia hingga hancur. Perah air halia hingga kering, kemudian goreng hingga garing.

2. Hiris nipis bawang putih. Kemudian goreng hingga garing.

3. Gaulkan hali dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Jika mahu tambah ikan bilis, tumbuk kasar ikan bilis, goreng hingga garing.

4. Kemudian, satukan kesemua bahan yang telah digoreng (halia, bawang putih, ikan bilis). Campurkan chili flakes jika mahu, kemudian masak atas api perlahan.

5. Selepas masak, boleh hidang dengan nasi panas atau roti!

Selamat mencuba!

SUMBER: Rasa

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda