BERTUAH sungguh isteri yang dapat suami rajin membersih, mengemas, membasuh, melipat pakaian, memasak, mencuci pinggan dan mengasuh anak. Tahniah, kami rasa andalah perempuan paling bahagia!

Ramai isteri zaman sekarang bekerja kerana mahu bantu suami menyara keluarga. Walaupun suami sudah ada pendapatan, tetapi si isteri masih mahu memiliki duit untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga.

Ini pula cerita perkongsian pengurusan rumah tangga Encik Rodzan Bin Rodwan (32 tahun) dan isteri, Nor Syahirah Binti Jamin (26 tahun). Selepas 5 tahun bersama, pasangan ini mempunyai 2 cahaya mata berusia 4 dan 3 tahun.

TUGAS ISTERI BERTAMBAH

Disebabkan bekerja, tugas sebagai isteri dan ibu bertambah. Selain penat, isteri juga mudah tertekan apatah lagi jika ada ramai anak. Lain pula bagi yang mampu sediakan pembantu rumah.

“Bayangkan, mana dengan hendak cuci pakaian, masak, mengemas dan uruskan anak-anak? Bagi saya, kudrat seorang wanita tak terdaya nak menanggung semuanya. Jadi saya mainkan peranan sebagai suami dan ayah” kata Rodzan.

BANTU ISTERI

“Dalam menjaga keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga, saya perlu bijak mainkan peranan. Tak boleh hanya memerintah dan kritik sahaja. Saya mesti isteri lakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas dan uruskan anak.” kata Rodzan.

Menurut beliau lagi, tidak ada salahnya jika bantu isteri buat semua kerja rumah. Jika isteri sanggup berkorban untuk tampung perbelanjaan keluarga, suami juga mesti sanggup ringankan beban isteri. Lagipun, memang itulah tanggungjawab sebagai seorang suami.

RUTIN BANTU ISTERI

“Kebiasaannya, saya luangkan masa hujung minggu bersama keluarga. Bangun awal dan sediakan sarapan untuk keluarga. Pada masa yang sama, isteri pula boleh uruskan anak” kata Rodzan.

Selain tolong isteri di rumah, Rodzan juga gemar bawa isteri dan anak-anak keluar berjalan pada hujung minggu. Hujung minggulah waktu saya lapang untuk melayan kerenah anak-anak. Rugi kalau saya tak sempat melayan anak-anak dalam usia mereka sedang membesar,” kata Rodzan.

ISTERI BAHAGIA

“Walaupun kadang-kadang rasa letih dan tertekan di tempat kerja, saya tenang apabila berada di rumah. Suami saya tak pernah berkira untuk tolong saya selesaikan segala urusan rumah tangga,” kata Syahirah.

Apabila bebanan berkurang, pastinya hati wanitakan rasa lebih tenang. Suami yang memahami dan ringan tulang pasti akan buat isterinya rasa sangat bahgia. Apabila hati bahagia, rumah tangga juga akan harmoni.

NASIHAT 

“Jangan pentingkan diri sendiri. Jika ada hobi, pastikan urusan anak dan isteri selesai dahulu. Jangan kerana melayan hobi, anak dan isteri terabai,” kata Rodzan.

Selain itu, suami isteri perlu tahu tanggungjawab masing-masing. Jangan abaikan tanggungjawab kerana boleh merosakkan rumah tangga. Bersamalah kita bangkitkan keharmonian rumah tangga, didik anak dan saling membantu supaya tidak tertekan.

Jika setiap individu tahu akan tanggungjawab masing-masing, pasti rumah tangga lebih harmoni!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda