EMOSI wanita semasa mengandung memang agak sensitif, kadangkala perkara kecil pun boleh jadi punca kesedihan. Janganlah cepat bersedih bersangka baik pada suami dan orang sekelilingmu.

Namun, jika emosi anda terus dibelenggu kesedihan disebabkan oleh kekasaran suami padamu sepanjang kehamilan ini menjadi punca kepada emosi tidak stabil menyebabkan anda terus bersedih dan menangis. Ingatlah pada Tuhan. Pada Allah.

Berikut kami kongsikan tip tangani emosi kesedihan sepanjang kehamilan. Semoga bermanfaat.

BACA>>> 10 Perkara Suami Mesti Buat Ketika Isteri Hamil

APA NAK BUAT BILA BERTEMANKAN AIRMATA SEMASA MENGANDUNG

Bila orang terdekat merupakan punca hati hiba dan airmata mencurah semasa mengandung, apa yang boleh dilakukan agar janin tidak menjadi negatif sikapnya terhadap dunia.

Pertama, para suami, jagalah perasaan isteri terutama semasa mengandung. Anda telah mengawininya dan mengambilnya dari sebuah keluarga yang sayang kepadanya. Ibu dan bapanya menyayangi dia dan mengamanahkan anda menjaga dia. Maka, jagalah diri fizikal, mental, emosi dan jiwanya. Anda akan bahagia di dunia dan di akhirat.

INI 5 PERKARA CARA ATASI EMOSI SEMASA HAMIL 

Bagi isteri yang dikasari, kuatkan jiwa dan hati anda. 5 perkara ini yang anda boleh lakukan :

1. BERDOA

Berdoa supaya Allah terus menjaga anak di dalam kandungan anda. Terlindung anak itu dari renjatan emosi yang terjadi hasil tekanan emosi yang mungkin sedang anda lalui.

2. BERCAKAP PERKARA POSITIF PADA ANAK DALAM KANDUNGAN

Bercakaplah perkara positif kepada anak yang dikandung itu. Katakan betapa anda mengasihi dia dan ajak dia memaafkan ayahnya.

3. MEMAAFKAN

Anda juga perlu berusaha memaafkan suami anda diatas keburukan tingkah lakunya.

BACA>>> Wahai Suami, Jagalah Adab Dan Kelakuan Ketika Isteri Mengandung

4. BANYAKKAN SOLAT DAN BACA AL-QURAN

Banyakkan bersolat hajat dan membaca Al-Quran. Supaya hati dan jiwa menjadi tenang. Endorphin akan dirembeskan ke dalam badan bila kita banyak membaca Al-Quran dan bersolat. Endorphin memberikan tenaga positif kepada kita dan kandungan kita. Oleh itu, ia akan meningkatkan vibrasi tenaga kita dan menghindarkan kesan negatif daripada orang yang negatif. InsyaAllah.

5. VISUALKAN KEAMANAN DI MINDA

Setiap hari bila berdoa dan selepas berdoa, ambillah masa menggambarkan akan aman dan indahnya rumahtangga anda. Gambarkan diminda dan rasakan dengan kuat di hati betapa suami anda sangat menghargai dan melayan anda dengan baik dan kasih sayang anda berdua bertambah menebal. Gambarkan yang baik-baik. “Allah mengikut sangkaan hambanya” Jika diizinNya, doa anda dan gambaran ini akan menjadi kenyataan. Tidak mustahil, kerana Dialah yang memegang hati hambaNya.

HARGAI SUAMIMU

Bagi isteri yang mempunyai suami yang prihatin, hantarlah mesej terima kasih pada mereka atau boleh tag. Kita hargai kebaikan mereka.

Bagi yang tidak, boleh bersedih, namun kuatkan jiwa dan semangat, tentu ada jalannya dan ada kebaikan yang akan muncul. Banyakkan berdoa dan menggambarkan rumahtangga yang bahagia.Ibu mendoakan anda kesejahteraan rumahtangga anda semua.

SUMBER: IbuRose

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda