PILU hati seorang isteri apabila menerima berita kemalangan maut suaminya akibat merempuh lori. Hasrat seorang ayah membawa balik lampin pakai buang buat anak kecilnya tidak kesampaian selepas motosikal yang ditunggang merempuh sebuah lori yang terbalik di Jalan Padang Toi, di Sik, malam tadi.

PUNCA KEJADIAN

  • Menurut pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan, lori yang dipandu beliau telah terbabas dan terbalik merintangi jalan.
  • Ketika beliau berusaha untuk keluar dari lorinya, tiba-tiba datang sebuah motorsikal merempuh lori beliau menyebabkan beliau tidak sempat berbuat apa-apa.

Mangsa, Nor Azman Bin Said 36 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Perumahan KEDA, Kampung Bendang Man dikatakan parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, “siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila lori membawa muatan biskut dipandu pemandu berusia 51 tahun dari arah Felda Teloi Timur hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan”.

“Pemandu lori terbabit cuba mengawal kenderaannya, namun gagal mengakibatkan kenderaan itu terbalik secara melintang di tengah jalan”.

Mangsa meninggalkan isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Mayat mangsa dihantar ke unit forensik hospital sik utk bedah siasat.

Semoga isteri arwah, Puan Rohaiza tabah dengan dugaan ini. Betapa sedih dan peritnya hati isteri arwah setelah melihat suasana di tempat kejadian apabila lampin yang dibeli suaminya bertaburan di atas jalan. Al-Fatihah. 🙁

 SUMBER: Mahadzir Abdul Hamid | Coretan Media

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda